Memaparkan catatan dengan label yang penat mengerah idea... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yang penat mengerah idea... Papar semua catatan

14 September 2012

Aku ada Dia....

“Arghhhhh…!!!!!!!” Syikin menjerit kuat. Handset di tangan diketuk beberapa kali di dahi. Habis merah dahinya dikerjakan sebegitu. Namun, ianya tetap tidak dapat meredakan ketegangan yang ada di dalam diri dan jiwanya.


“Kau ni kenapa? Hangin je aku tengok?”soal Maria kepada roomatenya. Dia hairan malah terkejut dengan jeritan yang bertandang tiba-tiba. Hampir tumpah Milo yang baru ingin dihirupnya.


“Aku geram tau tak!! Asyik aku je yang nak kena tanya dulu, mesej dulu, call dulu. Kalau nak harap dia, huh! Tak taulah aku apa nak jadi dengan hubungan ni!” Ayat terakhir yang keluar kedengaran sayu di cuping telinga Maria.


“Sabarlah, maybe dia sibuk sangat kot.”Maria menasihati sahabatnya. Maria sedikit hairan. Bila ditanya siapa Haikal, Syikin hanya menjawab kawan. Tetapi, bila sehari tak hantar mesej pun dah mengamuk sakan. Ni bukan sehari dah, lebih seminggu Haikal tidak bermesej kepada rakannya itu. Bertambah-tambah ‘angin’lah Cik Syikin tu.


“Kin, aku nak tanya something, boleh?” Maria memberanikan diri bertanya. Persoalan ini telah lama menghuni di benaknya. Cuma masa yang tidak mengizinkan dia bertanya lanjut.


“Kau dengan Haikal ada apa-apa ke?” Persoalan yang keluar membuatkan Syikin berpaling. Dia meletakkan handset di atas meja. Lama dia membisu sambil memandang Maria. Maria pula tidak senang duduk. ‘Salah ke soalan aku tu?’


“Entahla Ya..aku pun tak tau nak cakap,” akhirnya Syikin menjawab lemah. Dia berpaling semula mengadap nota di tangan. Maria tidak bertanya lanjut. Itu tandanya Syikin ingin masa untuk meluahkan segalanya. Dia harus menunggu untuk gadis hitam manis itu membuka mulut mengenai Haikal.


Dua hari berlalu..


Syikin masih mengadap komputer ribanya. Wajah Haikal menyapa pandangannya. Pantas dia mengklik pada tetikus untuk melihat komen Haikal. ‘Amboi, mesra riang suka suki je dia ye..dengan aku jangankan komen, like pun jarang..dengan perempuan lain, bukan main lagi ko ye..takpela aku kan tak penting..’


“Hai, mengadap wajah BF ke?” sapaan Maria mengejutkan Syikin. Syikin menayang senyuman hambar.


“BF mende. Kawan je pun. Kalau BF aku, memang dah lama aku ceraikan dia. Dengan aku takde nak layan macam ni dalam FB. Like pun dah jarang. Kau dari mana ni? Jumpa Amir lagi ke?” Laman sosial yang dilayari telah ditutup. Malas, membosankan dan menyakitkan hati. Erghhhh!!!


“Takde lah. Aku jumpa Sue. Guess what??” Maria berteka teki. Wajahnya yang penuh misteri ditayang agar Syikin semangat ingin menjawab teka tekinya.


“But, kau jangan jealous eh..” Syikin mencebik.


“Tak kuasa aku nak jealous! Jangan cakap Haikal dengan dia tengah date.” Syikin meneka. Maria terpana.


“Marvellous! Macam mana kau tahu?” Kali ini Syikin pula yang terpana. ‘What?? Huh! Cakap tak suka, keluar juga dengan minah tu.’ Syikin merungut-rungut di dalam hati. Dia mengeluh lemah.


“Dahla Ya. Dah dia anggap aku kawan je takkan aku nak anggap lebih-lebih pulakan? Aku je yang perasan sorang-sorang..” Syikin bangkit dari kerusi. Dicapai tudung dan cardigan lalu menapak keluar.


“Kin, kau jangan mengamuk kat kafe sudah!” Maria sekadar sempat mengeluarkan kata-kata itu sebelum bayang Syikin menghilang di koridor bilik mereka.


‘Cerianya kau, Haikal. Dengan aku cakap tak suka dengan si Sue tu. Baguslah tu ye. Rasa nak gelak je dengan kebodohan aku pergi percaya dengan mamat ni.’ Langkah diatur mendekati pasangan yang tengah bergelak sakan. Pasangan yang sedang hangat bergelak ketawa itu terhenti apabila langkahnya mendekati. Syikin sekadar melalui melepasi meja yang diduduki Haikal dan Suzana.


“Nak beli makanan ke?” tegur Haikal. Suzana di sebelah tersenyum. Syikin berpaling. Naik menyampah pula dia dengan lelaki yang bertakhta di hatinya itu.


“Taklah nak tolong abang tu menjual. Kenapa? Nak tolong menjual juga ke?” Tahap kegeraman di tahap lapan. Agak-agak lahar di dalam hati bila-bila akan meletus keluar jika silap dikawal. Haikal tersenyum apabila disindir. Suzana sudah ketawa kecil.


“Orang tanya elok-elok.”


“Kau tak nampak aku tengah jalan nak pergi beli makanan ke? Bila masa pula aku pergi tolong berniaga dengan Uncle Mat tu. And, aku jawab elok-elok lah ni. Kau nak aku jawab macam mana lagi?? Sudahlah, dari layan kau, baik aku isi perut aku lagi baik dari bertekak dengan kau!” Langkah kembali diatur ke kafe.


Nasi lauk ayam masak merah dengan telur masin setengah biji dan air bandung ditatang dengan tray sebelum terhenti di tengah jalan. Haikal memandang lembut pada wajah Syikin. Dia menggamit gadis itu agar duduk bersamanya. Kelibat Suzana entah hilang ke mana. Syikin melencong kakinya dari meja yang diduduki Haikal. Lantas duduk membelakangi Haikal. ‘Hangin dah minah ni!’Haikal tersenyum dalam hati.


“Kenapa makan sorang-sorang..??” kerusi di sebelah Syikin ditarik. Syikin yang sedang menyuap nasi terhenti lagi.


“Bukan kena share perut dengan siapa-siapa pun.” Nasi disuap ke mulut. Laju je dia mengunyah nasi sebelum menyuap nasi buat ke sekian kalinya. Lemah Haikal mengeluh.


“Kau ni kenapa? Marah aku ke?”soal Haikal. Dia menongkat dagu memandang Syikin di sebelah. Bukan dia tidak mahu duduk di hadapan gadis itu agar dia lebih mudah berkomunikasi, namun, bila teringatkan tabiat Syikin yang satu itu, terpaksa dia duduk di sebelah. Syikin ni tidak selesa jika makan berdepan dengan lelaki. Tidak tertelan nasi katanya. Sakit tengkuk pun tidak dihiraukan bila gadis di hadapannya itu sedang marahkannya.


“Kal, dari kau bercakap dengan aku, baik kau pergi cari Sue. Borak dengan dia lagi best dari borak dengan aku ni,”dia mengunyah perlahan nasi yang ada di dalam mulutnya. Kunyahan terakhir sebelum disedut air bandung. Wajah bersalah Haikal tidak dipandang.


“Aku tau,kau tengah hot dengan aku kan? Ce citer..ce citer..”Ceria Haikal mengusik Syikin. Lain pula dengan Syikin. Dia menjeling marah sebelum bangun untuk membasuh tangan.


“Inche Haikal, baik kau jauh-jauh dari aku sebelum aku ‘makan’ kau!” Laju je Syikin melangkah meninggalkan Haikal. Sepantas itu juga Haikal mengejar.


“Kin, kalau aku salah, aku minta maaflah. Aku malas nak gaduh-gaduh dengan kau.” Dia memandang Syikin penuh berharap agar kesilapan yang tidak diketahuinya itu dimaafkan Syikin, teman baiknya.


“Erm, ye la. Okeylah, aku nak naik. Kirim salam kat Arisa Carlina kau tu,”ujar Syikin sebelum membuka langkah.


Arisa Carlina. Ingat aku tak tau ke kau mengayat minah tu. Jangan ingat aku tak reti dengan perasaan perempuan ni. Minah tu pula siap letak nama ‘Carl’ singkatan nama Haikal plus letak profile picture sebijik macam dengan Haikal tu. Arghhhh!!! Aku tension! Aku pun dia tak letak macam tu. Cuma hari itu ada dia letak gambar yang aku snap masa keluar dengan dia dulu. Sebab aku pun letak profile picture yang dia snap. Bila dah lama dia pun tukar gambar lain. Sedih tau! Wheyyo?? Nande?? Wheishema?? Why? Kenapa dia langsung tak nampak aku suka dia??


*********************************************************************


‘Aku tengah dengar lagu kau nih..Look Only At Me. Jom layan!!’


Syikin merenung C3nya. Mulut mencebik. Namun, tetingkap GOM Player diklik sebelum lagu Special nyanyian kumpulan B2ST bertukar kepada lagu Look Only At Me nyanyian solo SOL atau Tae Yang, ahli kumpulan Big Bang, band yang Syikin dan Haikal minat. Itupun puas dipromosi tentang band yang datang dari Korea itu. Hampir kesemua lagu menjadi kegemaran mereka berdua.


Teringat pada ketika mereka keluar bersama..


“Kau nak tengok wayang ke?”soal Haikal. Syikin di sebelah ralit memerhati poster-poster filem-filem yang ditayangkan di luar pawagam.


“Kau nak tengok cerita apa?”Haikal menyoal lagi. Mamat ni memang banyak mulut. Syikin mengangkat bahu.


“Kau pun tahu kan, aku suka apa. Aku pun tau kau tak suka cerita apa. So, dalam banyak-banyak cerita ni, takde satu pun cerita taste kita. Jom blah!” Syikin mengajak. Haikal turut menyaingi Syikin.


“Wahhh..ada salelah. Jom usha!” Haikal pantas menuju ke arah kedai pakaian. Syikin hanya tergelak kecil melihat keghairahan rakannya itu dengan perkataan ‘sale’. Baju yang tergantung diacu ke badan sebelum menayang kepada Syikin.


“Okey tak?” Syikin mencebik.


“Yang ni?” Geleng.


“Haa..ni pulak?” Sorang menjuih, sorang mengeluh.


“Malas betul kalau aku keluar dengan kau! Bukan nak bagi pendapat!” Haikal sudah tidak tahan sabar. Dia meletakkan kembali t-shirt yang dipilihnya tadi. Muka cemberut ditayang. Dia menapak pula ke arah deretan sandal.


“Ala, kira okeylah kau bawa aku. Jimat sikit duit kau. Kalau aku takde, confirmlah, semua kau nak beli.” Syikin menayang sengih. Dia membontoti langkah Haikal.


“Eleh, jimat apa..?? Makan pun aku yang kena belanja! Kau tu kuat makan!” tempelak Haikal. Sengih Syikin makin melebar. Namun, termati apabila matanya menangkap kelibat seseorang. Haikal yang ketika itu memandang Syikin, turut berpaling untuk melihat penyebab senyuman Syikin terpadam.


“Wardah.” Perlahan suara Haikal menuturkan sebaris nama tersebut. Hampir tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga Syikin.


Syikin terkedu melihat wajah suram Haikal. Wardah. Ex-Haikal. Outing dengan rakan-rakan perempuannya yang lain. Perasaan cemburu dan sebak mula menguasai di dalam jiwa Syikin. Betullah, dia masih tidak dapat melupakan gadis itu.


“Aku nak balik, jom.”Haikal mengajak. Senyuman plastik ditampal. Dia keluar dari premis tersebut. Menapak menuju ke pintu keluar kompleks membeli belah tersebut. Syikin menjeling jam di bawah lengan t-shirt. Setengah jam je! Baru ingat nak spend lama-lama dengan Haikal kat sini. Dia mengeluh perlahan di belakang Haikal yang berjalan mendahului. Kecewa!


Air mata yang membasahi pipi, dikesat perlahan dengan belakang tangan. Syikin mengalah! Biarlah dia dengan hidup dia. Aku dengan hidup aku.. andai ini takdirnya, aku pasrah.


**********************************************************************

Kad sim dimasukkan ke dalam telefon. Dia tersenyum hambar. ‘Akhirnya, aku ada kekuatan untuk melakukan semua ni.’bisik hati Syikin. Dia melangkah menuju ke terminal bas Puduraya dengan azam baru. Mesej dihantar kepada Maria menyatakan nombor telefon yang baru dibelinya. Pulangnya kali ini selepas tiga tahun melanjutkan pelajaran. Tiada lagi kuliah, tiada lagi tutorial dan tiada lagi..Haikal. Biarlah Haikal tidak tahu nombor barunya.


“Kau nekad ke?” Soalan Maria sekadar dijawab dengan perkataan ‘ya’. Perpisahan mereka kali ini biarlah hanya dia yang terasa sakitnya. Kerana dia tahu Haikal hanya akan rasa kesakitan itu sekejap sahaja. Dia tahu dan telah lama tahu Haikal hanya menganggapnya sahabat semata-mata. Tidak lebih dan tidak kurang.


Dan lebih tiga tahun berlalu…


Syikin menengadah kaki langit. Cukup indah permandangan di sini. Dia berpaling. Wajah Iman, sahabatnya tenang melihat awan-awan berarak di dada langit.


“Best kan, jadi burung tu..??” soal Iman. Syikin turut melepas pandang pada sekawan burung yang terbang bebas.


“Apa yang best?” soalnya kembali. Terimbau kembali kenangan lalu.


‘Please, lepaskan aku. Dah kau anggap aku kawan baik kau je, aku tak nak menaruh sebarang harapan pada kau lagi. Please, lepaskan aku, Kal. Aku merayu sangat-sangat pada kau. Jangan contact aku lagi, jangan call atau sms aku.’ Mesej itu laju ditaip ketika dia sedang berchatting dengan Haikal di laman sosial.


‘Syikin, kau janganlah macam ni. Kau buat aku serba salahlah..Aku minta maaf banyak-banyak pada kau. Aku tak nak gaduh dengan kau!’ Haikal pula membalas.


‘Haikal, kau dengan aku hanya kawan baik. Cukuplah aku terseksa selama ni. Please, aku tak cukup kuat lagi. Aku dah penat nak menangis.’


‘Aku tak berniat pun nak main-mainkan perasaan kau.’


Syikin menarik nafas panjang. Berbalah mengenai hubungannya dengan Haikal seringkali tidak akan menemui jalan penyelesaian. Masing-masing menegakkan pendapat yang selalunya bercanggah. Haikal tidak lagi menulis namun warna hijau di tepi gambar profilnya menandakan dia masih online.


‘Aku yang bodoh sebab sukakan kau, aku yang bodoh sebab tunggu kau padahal kau tak pernah anggap aku lebih dari kawan. Aku minta maaf.’


Syikin menunggu balasan dari Haikal. Detik demi detik berlalu. Syikin masih setia menunggu balasan daripada Haikal. Dari lima minit kepada sepuluh minit. Akhirnya setelah dua puluh minit menunggu, Haikal tiba-tiba offline. Syikin terkedu. Dia tersandar lemah. Betullah, dia seorang yang tergila-gilakan Haikal. Padahal lelaki itu memang terang-terangan tidak sukakannya seperti mana dirinya.


Syikin hampir ingin menekan tetikus pada tetingkap Facebook sebelum dia ternampak mesej yang ditinggalkan Haikal.


‘Kau jangan jadi macam ni sebab aku..’ Pantas Syikin menekan deactivate account sebelum sempat Haikal menulis ayatnya yang lain. Sungguh, Syikin sudah tidak mampu untuk membacanya lagi. Mungkin ini lebih baik. Maka, sejak itu, dia telah terputus hubungan dengan Haikal dan hubungan itu terus terputus selepas dia membuang kad sim lamanya. Tiada lagi lelaki yang bernama Haikal di dalam hidupnya.


Syikin berpaling ke sisi. Wajah tenang Iman di sebelah mencemburuinya. Wajah itu sangat tenang walaupun pelbagai dugaan yang dihadapinya. Wajah itu juga tidak sedikit pun terjejas meskipun tunangnya melarikan diri ke luar negara sehari sebelum majlis perkahwinan mereka. Jawapannya mudah, dia redha dengan apa yang berlaku.


“Iman, aku jealous dengan kau!” perlahan ayat itu keluar dari bibir Syikin. Namun dapat didengari oleh Iman. Dia tersenyum manis. Menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.


“Kenapa?” Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.


“Kau sangat tenang walaupun kau tengah berada pada keadaan yang mana kalau orang lain mesti tak dapat nak menghadapinya. Kalau aku ada tempat kau pun, mungkin aku tak mampu.”


“Kin, kau mungkin lupa. Allah sentiasa ada bersama hamba-hambanya yang bersabar dan bertabah di dalam dugaan dan ujian yang diberiNya. Ada ganjaran di sebalik ujian yang diberi. Ada hikmah yang cuba Dia sampaikan kepada kita. Kadang-kadang kita lupa, kita lalai dengan dunia. Kau nak tahu, macam mana Allah sampaikan kasih sayangNya melalui ujian dan dugaan tu?”


Syikin sekadar membisu. Memberi ruang untuk Iman mengatur bicara.


“Allah sayang pada kita, sebab tu Dia tak nak kita terlalu hanyut dengan dunia. Dia uji kita dengan macam-macam ujian supaya kita tabah, bersabar, sentiasa bergantung harap pada Dia, bukan bergantung pada hambaNya. Kalau dulu, apa-apa masalah, mesti kau mengadu pada lelaki yang kau tak dapat lupa tu kan?”


Syikin tersenyum hambar. Ada benarnya kata-kata Iman. Apa-apa masalah, dia sering mencari Haikal, dengan harapan, dia kembali memulihkan semangatnya. Dia sering lupa pada yang Esa. Lupa untuk bergantung harap pada Allah, sebaik-baik tempat bergantung. Sungguh! Dia Lupa!


“Allah sayang pada kau, sebab tu dia tak nak kau bertambah-tambah dosa bermesej, berhubung dengan lelaki bukan muhrim kau. Allah sayang kau sebab tu Dia bagi ujian tu. Jangan cepat mengalah, Syikin. Ingat, Allah takkan sesekali membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Pegang ini je sebagai prinsip kau, insyaAllah, kau akan sentiasa redha dengan segala ujian dan dugaan yang Allah beri. Kejap,” Iman menyeluk begnya. Dia cuba mengeluarkan sesuatu. Syikin menanti dengan penuh minat. Matanya turut menyoroti setiap gerak geri Iman.


“Lahhhhh..handset rupanya!” Syikin dan Iman tergelak-gelak. Iman sibuk mencari sesuatu di dalam telefon bimbitnya. Setelah dijumpainya, dia menyerahkan kepada Syikin.


‘Allah menguji keikhlasan hati bila bersendirian..
Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah
Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan
Allah tak pernah mengambil sesutu yang kita sayang kecuali
dengan menggantikannya dengan yang lebih baik dari yang disayang.’





Bergenang air jernih di tubir mata Syikin, terharu dengan ayat ringkas yang cuba disampaikan Iman. Dia menoleh ke arah Iman yang telah pun berdiri.


“Sungguhlah, aku jealous dengan kau! Kau baik sangat!” Syikin bingkas bangun lalu memeluk sahabatnya. Ukhuwah yang dibina terasa manisnya apabila ianya bersandarkan pada iman dan juga pada Dia, khaliq semesta alam. Iman sekadar membalas pelukan sebelum berbisik,


“Syikin, aku nak kau bangkit semula, aku tak nak kau tak ada semangat. Aku sentiasa ada di sisi kau selain Dia! InsyaAllah,selagi hayat dikandung badan.”


Syikin mengangguk sebelum dia mendengar Iman menyambung ayatnya, “Sekira nama Haikal tercatat di Luh Mahfuz sebagai jodoh kau, insyaAllah, dia akan kembali pada kau. Sekiranya dia bukan jodoh kau, mungkin Allah mengaturkan lelaki yang lebih baik untuk kau. Ingatlah, janji Allah itu benar.”


‘Semoga aku terus bertabah di dalam menjalani ujian duniawi. Amin.’ Doa Syikin di dalam hati.

18 Julai 2011

PUTERA HATI

Kacak, berlesung pipit, senyuman manis, anak sulung, tinggi, romantik, dan paling penting ada asas- asas agama. Aku menongkat dagu sambil menyambung khayalan ibarat angan- angan Mat Jenin. ‘Ha, mesti ada kereta mewah, rumah besar, anak orang kaya…’

Papp! Tudung labuhku sedikit bergoyang dek tamparan yang hinggap ke bahuku. Tersentak aku dengan reaksi itu. Mengucap aku di dalam hati. Tangan siapa lagi kalau bukan tangan milik temanku. Rakan yang paling akrab dan rapat denganku. Terbang semua khayalanku tadi dek tepukan yang agak kasar dari tangan orang selembutnya. ‘Betullah apa yang cakap, tangan wanita bisa menggoncang dunia.’

“Berangan lagi?”. Aku mendongak. Sah! ‘Tak boleh tengok orang senang langsung!’aku mengomel di dalam hati. Jika disuarakan, telingaku bakal dihidangkan dengan tazkirah percuma.

Wajah rafikahku dipandang sekilas sebelum kembali menongkat dagu. Menala pandangan ke hadapan sambil menyedut perlahan air limau ais yang dipesan tadi.

“Tak baik duduk menongkat dagu tu. Tanda orang cepat putus asa.” Ujar temanku itu lagi. Aku membetulkan duduk. ‘Berasap duduk dengan dia lama- lama.’ Aku bermonolog lagi. Itulah sifat manusia. Pantang ditegur, mesti melenting walaupun nasihat itu untuk kebaikan kita semata- mata.

“Anti dah habis kelas ke?” Maya hanya mengangguk sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi hadapanku. “Zara mana?” Aku tertoleh- toleh ke sekeliling sebelum menggeleng. Sengihan terukir di bibir.

“Orderlah.”usulku. Mataku melilau lalu tertancap pada seorang pemuda yang amat ku kenali. Zakuan atau nama penuhnya Mohd Zakuan Haris, teman sekuliahku, dan juga satu- satunya lelaki yang agak rapat denganku. Hanya dia sahaja yang mampu menghadapi segala kerenah yang boleh dikategorikan sebagai sifat mazmumahku. Entah di mana kelebihannya, hanya dia sahaja yang sehingga sekarang masih unggul memegang status ‘rakanku’ manakala lelaki- lelaki lain hanya dapat bertahan selama sebulan atau paling lama tiga bulan sebelum menyepikan diri mereka.

“Assalamualaikum.” Salamnya ku jawab perlahan. Maya hanya tersenyum. Mungkin dia menjawab di dalam hati kerana adalah makruh memberi salam pada orang yang tengah makan. Namun, salam wajib dijawab salah seorang daripada kami kerana memadai seorang yang menjawab. Manakala si pemberi hanya sunat muakkad untuk memberinya.

Senyuman memekar di bibir merahnya tanda tidak merokok. Aku membalas senyumannya sebelum dia beredar ke kaunter jualan makanan. Semusim berlalu, aku mengenalinya. Berkopiah putih senantiasa. Tidak pernah aku melihat rambutnya yang sentiasa pendek tanda dijaga terdedah tanpa berkopiah. Air wajahnya yang tenang menyejukkan mata yang memandang. Cuma, dia tidak termasuk di dalam kriteria putera hatiku.

Sedang aku leka memandang, tiba- tiba muncul lelaki idamanku di celahan pelajar- pelajar yang bersesak- sesak untuk mengisi perut. Wajah tampan milik Danial ditatap khusyuk. Semua kriteria yang dimahuku terletak sepenuhnya di dalam diri lelaki itu namun yang kurang, agamanya. Sering berpeleseran dengan wanita menjadi hobinya, lututnya sering didedahkan buat tatapan, serta perokok yang kononnya lebih ‘macho’ itu juga sukakanku. Demi menjaga hatinya, aku sudi menerima persahabatan yang dihulurkannya walaupun telingaku saban hari di‘basuh’ oleh Maya dan Zara.



“Ghoutul basar, cik Farahin.” Maya sempat menegur.

“Manusia tiada yang sempurna, Farahin.” Zara mengingatkanku apabila kami sama- sama membincangkan soal munakahat di dalam slot diskusi bersama- sama akhawat yang tinggal bersama kami di dalam rumah sewa. Slot yang sentiasa diamalkan setiap malam Jumaat.

“Setuju. Allah ciptakan kita untuk dijadikan pelengkap kaum Adam. Bukannya kita nak cari sesempurna manusia. Manusia yang baik akhlaknya hanya jujungan besar kita. Oleh sebab itu, Baginda dianugerahkan sifat maksum. Sebab tu, dia menjadi manusia yang sempurna akhlaknya.” Maya mengutarakan pendapatnya pula. Aku mengerahkan akal fikiranku untuk membidas.

“Tapi, tak bolehkah kita memilih teman hidup sendiri? Orang yang hidup dengan kita sehidup dan semati. Nanti orang cakap perigi mencari timba pula? Ye la kan, kitakan dijadikan dari tulang rusuk seorang lelaki bererti jodoh kita. Jadi, kalau jodoh kita orang yang perangainya, masya Allah, teruknya, macam mana pula?” Soalan itu ku tujukan kepada semua. Sejenak, mereka terdiam. Berfikir. Aku turut membisu merenung kembali hikmah diciptakan seorang wanita di alam persinggahan sebelum ke alam yang baqa’.

“Siapa cakap wanita tidak boleh memilih? Dia berhak memilih calon suaminya seperti isteri Rasulullah, Saidatina Siti Khadijah. Tetapi, harus kita ingat. Tak boleh, main cekup je. Kena nilai dulu sikap, sifat dan perangai kita dahulu. Sesuaikah kita dengan lelaki itu? Ni tidak, cari yang nak solat di awal waktu, solat sunat diamalkan selalu, pandai mengaji kalau boleh nak yang bertaranum tetapi adakah kita buat semua tu? Berlagu ke kita apabila mengalunkan surat cinta dari Allah itu?” Kak Salmah melepaskan lelah. Aku menelan liur apabila setiap bait kata- katanya terkena di batang hidungku. Tepat mengenai sasaran. Kemudian aku dan akhawat yang lain mengangguk setuju.

“Jodoh ni kerja Allah. Bagi yang dapat suami yang kurang baik sikapnya, mesti ada hikmah di sebaliknya. Atau ujian yang datang dari Allah yang menguji kesabaran hambanya menandakan kita disayanginya dan di dalam pemerhatiannya. Sebelum tu, selidik dahulu apa kesalahan kita pada setiap orang. Sama ada ibu bapa kita ke, keluarga kita ke, kawan- kawan ke? Tepuk dada tanya iman. Suluh diri sebelum menilai sesuatu.” Pesanan yang penuh berhikmah diucap dengan tenang oleh Maya.

“Calon suami yang lebih elok, mesti terletak pada imannya, bukan pada fizikalnya. Fizikalnya boleh berubah, tetapi iman di dada tidak berubah melainkan dengan kehendak dirinya. Kuat imannya, kuatlah ikatan baitul muslim itu. Segala masalah, dapat diselesaikan dengan penuh kebijaksanaan bukan dengan nafsu semata. Ingat tu?” Input terakhir dari bibir teman serumahku itu akanku sematkan kukuh di dalam kotak memoriku.

Wajah Danial yang kacak, direnung sekilas sebelum aku menunduk. Hujung tudung dipintal menghilangkan rasa debar. Maya di sebelah leka merenung televisyen di hadapannya.

“Awak, sebenarnya saya ada hal nak cakap. Kita kan dah lama kawan. Saya nak rapatkan hubungan kita. Ala, senang cakap. Couple?” Aku tersentak. Mataku juga dapat menangkap Maya juga turut terpana dengan kenyataan yang agak berterus terang itu. Aku menegakkan badan sebelum memintanya memberi sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Nokia N95 berdering sebelum suara milik emak kedengaran di hujung talian. “Balik, nak. Mak ada hal nak bincang.” Arahan emak, ku turutkan segera. Minggu itu, aku pulang ditemani Zara. Dia ingin berjumpa dengan emakku kerana dia sudah menganggap emakku sebagai ibu kandungnya.

Abah dan emak serta adik- adikku berkumpul di ruang tamu. Zara turut serta di dalam perhimpunan keluargaku.

“Mak dan abah ada hajat ni. Nak beritahu kamu sesuatu.” Aku hanya membisu. Membenarkan emak meneruskan bicara.

“Kamu kenal Zakuan?” Aku terkejut buat kesekian kalinya. Mana tidaknya, aku tidak pernah menceritakan satu hal pun berkaitan dengan Zakuan kepada ahli keluargaku. Aku membuang pandang ke arah Zara. Dia juga kelihatan terperanjat. Aku sekadar mengangguk sebagai jawapan.

“Keluarganya datang hari Jumaat lalu. Katanya nak meminang kamu sebagai suri hati terunanya, si Zakuan.”cerita abah membuatkan aku terkebil- kebil tidak percaya.

‘Zakuan meminang aku?’ Persoalan itu dibiarkan berlegar di dalam fikiran.

“Kamu setuju ke tidak?”soalan emak ibarat masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.

Pulang dari kampung, aku sibuk dengan pelbagai tugasan yang mengerahkan seluruh tenaga dan akal fikiranku sehingga tiada masa untuk memikirkan soal yang memerlukan jawapan dengan segera itu. Berdozen- dozen mesej dari Danial yang menagih jawapan dariku. Manakala Zakuan terus menyepi walaupun sekiranya terserempak dengannya, senyuman yang menghiasi bibirnya masih dilemparkan kepadaku.

“Banyakkan solat istikhoroh, solat hajat. Nilai sorang- sorang. Tapi, bagi pendapat ana, ana akan pilih Zakuan. Danial hanya meminta berkasih. Anti tahukan, bercinta sebelum kahwin ni bukan tuntutan pun kan? Malah, tiada di dalam syariat pun, bercinta sebelum nikah ni diharuskan oleh Islam. Bercinta hanya layak dikecapi setelah adanya ijab dan kabul. Zakuan pilihan yang tepat. Memiliki calon suami soleh. Insya Allah.”nasihat yang diberi Maya meresap ke dalam kalbu.

Solat dua rakaat didirikan. Doa ditadah memohon petunjuk daripada khaliqku. Beberapa hari selepas itu, bayangan yang sama menghiasi mimpi- mimpiku menambahkan keyakinanku untuk memilihnya. Telefon dicapai, nombor emak ku dail bagi menyatakan hasrat dan harapan di hati bersama doa ; “Ya Allah! Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku. Aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa tabah menerimanya.” “Ya Allah! Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin….”

15 Julai 2011

ADAKAH HATINYA MILIKKU?? a.k.a DALAM HATINYA ADA AKU..

“Along.” Seru emakku. Tangannya lincah mengadun tepung untuk dibuat donut. Hidangan pada petang ini. Favourite aku tuh!! Aku menoleh. Remote control ditekan punat off. Kelam televisyen di hadapanku.

“Kenapa mak?” Aku bangun menuju ke kaunter di sudut dapur. Aku melabuhkan punggung di hadapan orang tua itu. Emakku tersenyum. Kemudian, dia beredar ke ketuhar lalu dihidupkannya. Mataku masih pada wajah emak. Awat pulak ni? Macam saspen je gaya!

“Along bila lagi nak ada teman? Mak tengok kawan- kawan Along semua dah ada makwe. Anak mak ni bila lagi?” Kan aku dah cakap. Mesti ada benda yang bukan- bukan punya. Sebab dah dapat detect bila aku perhati cara mak dok tengok aku. Haish!

“Mak ni. Relaxlah. Along kan muda lagi? Buat apa lah nak serabut kepala otak nak fikir benda- benda yang tak ada faedah. Cukuplah kepala Along nak naik biul dok fikir pasal patient Along kat hospital tu.Pasal tak nak makan ubat satu hal. Pasal tak nak buat operation sebab takut mati satu hal. Ni nak fikir pasal benda- benda cenggini? Buat sakit otak je.” Aku dah start membebel. Emak aku pula aku tengok macam nak lempar je adunan tepung tu kat muka aku. Membebel kalah perempuan!

“Muda lagi Along cakap? Tu anak Uncle Farid tu. Sebaya kamu. Dah ada anak sorang dah pun.” Ish, mak aku ni. Punyala aku dok pot pet pot pet, ingat nak habis dah isu kahwin tu. Rupanya baru intro ke?

“Bukannya apa. Mak dah berkenan dengan anak Auntie Sarah kamu tu. Masa mak pergi rumah Auntie Sarah hari tu, mak ada nampak dia. Lawa sungguh. Sopan pulak tu.” Hah! Sudah! Mak aku dah mula nak kenen- kenen aku dengan anak kawan dia pulak. Lawa ke? Lawa saja tak cukup. Kena ada iman dalam dada jugak.

“Ek?”aku bertanya acuh tak acuh. Sorrylah mak. Anak mak ni tak minatlah. Entah minah manalah yang malang tu. Aku ada kenal anak Auntie Sarah. Semua perempuan. 3 orang. Yang sulung muda aku dua tahun. Entah nama apa entah. Aku dah terlupa. Aku pernah kawan dengan dia. Masa sekolah rendah. Dulu, memang selekeh gilalah minah tu. Baju pun kalah belacan. Kedut macam tak beriron sebulan. Itu dululah.

“Dia baru balik dari oversea. Ambil medic macam kamu jugak.” Wahh…doktor! Not bad! Tapi…nanti mesti sibuk je semedang! Macam aku sekarang. Mana boleh! Cukuplah aku je yang sibuk. Jangan bini aku sekali yang sibuk. Nanti mana nak urus rumah tangga, nak fikir makan minum aku, anak- anak…wuish, sampai ke situ pulak aku fikir?? Aduyai…
Bukk!! Automatik tangan aku turut naik ke muka si malaun yang tumbuk bahu aku tadi. Refleks.

“Adoiiii!!” Padan muka! Sapa suruh tumbuk aku? Hilang wajah mak yang masam sebab aku main-main dengan kata- katanya. Hanya ada wajah Zulfahmi. Eh, salah. Dr. Zulfahmi. Orang- orang yang ada di kafetaria hospital terus memandang aku dan Fahmi. Aku mengukir sengih. Ucapan maaf meluncur laju dari bibirku. Fahmi mengambil tempat di hadapanku.

“Di, apa yang kau melamun sampai aku panggil pun tak dengar?” Huh? Tak dengar pun dia panggil. Nak kelentong akulah tu.

“Bila masa kau panggil?” Fahmi tersenyum. Macam kambing pun ada rupa senyuman tu. Aku angkat kening.

“Minah mana pulak buat kau lentok ni, Di?”soal temanku yang baru berkahwin setahun. Anak? Hemm..tunggu masa nak keluar tengok dunia. Tapi, tak pelah jugak. Bini dia ustazah. Mana ada sibuk macam doktor ni a.k.a calon menantu mak aku tu!

“Mak aku.” Kemudian, aku pot pet pot pet ulang balik cerita yang mak aku cerita petang kelmarin. Fahmi apalagi. Ketawa macam dunia ni ana yang punya. Alamak! Silap lagi. Macam dunia ni dia yang punya. Asparagus tak cukup masak punya kawan! Ada pulak dia sedap- sedap gelak kat aku. Aku hanya mencebik. Kepala aku lagi pening bila mak aku dah ajak Auntie Sarah satu family makan malam kat rumah aku malam ni. Mak dan Auntie Sarah dah buat gaya macam dah jadi besan je diorang tu. Ayah aku dengan Uncle Rizman pun sama je macam mak dan Auntie Sarah. Parahlah!!

Nur Hani Adliya berdiri tegak mematung depan pintu rumah Auntie Noreen dan Uncle Rahman. Mama dan papanya dan Nur Hani Azkia, adiknya sudah hilang di balik rumah itu. Pintu terkuak dari dalam. Terjengul wajah mamanya.

“Marilah masuk. Auntie Noreen dah tunggu tu.” Adliya menapak perlahan. Malas betullah. Kenapa nak paksa- paksa datang rumah ni? Macam ada agenda tersembunyi je..?

Fuh!! Cun jugak minah ni!! Jatuh cinta lagi! Eh? Bila masa aku pernah bercinta ni? Huhu..balik kepada cerita aku..Nak terbeliak tengok wajah cantik milik Adliya. Betullah apa yang mak aku cakap. Hehe…aku cuba sembunyikan senyuman. Aku usha Adliya yang manis bertudung yang duduk dengan mamanya itu. Segenap inci aku pandang. Wahh..bersarung kaki lagi tu!! Pakai pulak baju kurung. Sejuk hati aku tengok.

“Rifdi! Buat apa kat dalam bilik komputer tu lama- lama. Kita ada tetamu ni. Laung makku. Hai, mak ni. Terkujat aku. Cepat- cepat aku melangkah. Adliya hanya menunduk. Deyy makcik…jubin rumah aku tak cukup kilat lagi ke? Aku tersengih dalam hati.

Mesej dari Rifdi a.k.a tunangnya dipandang sepi. Aku tengah tak cukup tanah berkejar sana sini mau lagi mesej- mesej. Adliya mengeluh. Sudah dua bulan cincin tunang terletak elok di jari manisnya. Haila..dah nasib badan. Balik oversea terus kena sambar dengan family Auntie Noreen. Afiq Rifdi, teman sepermainan sewaktu dia yang masih hingus meleleh tanpa kata hanya mengangguk kepala tanda setuju walaupun tanpa rela tentang ikatan ini bila dia datang dinner di rumah Rifdi.

“Dr. Adliya. Ada orang tunggu dekat kaunter.” Stetoskop yang melurut turun, dimasukkan di dalam poket jubah. Dia melangkah ke kaunter jururawat yang berdekatan. La…mamat ni ke? Rifdi hanya tersenyum manis. Adliya mencebik di dalam hati.

“Sibuk ke?” Adliya angguk. Malas nak keluarkan suara. “Dah makan?” Kali ini dia menggeleng. “Jom, Di belanja.” Bagai nak gelak bila tengok muka cemberot Adliya. Lagi dua bulan, mereka akan berkahwin. Itupun puas nak apply cuti tambah- tambah minah ni. Biasalah freshie. Susah sikit. Kebetulan pula, mereka satu hospital.

“Tu. Cuba Hani tengok tu.”tanpa banyak soal, Adliya menoleh. Aku cepat- cepat menepuk perlahan muncung tudung Adliya. Terkelepet jadinya. Adliya menjerit. Aku sudah lama mengangkat kaki. Mau tidak, tangannya tu agak bisa kalau dah bawa keluar pengepit ketamnya. Sempat pula main aci lut dengan minah ni di kawasan hospital. Nasib baik bukan dalam ER. Kalau tak, kena sound dengan doktor- doktor senior. Huhuhu…ada bahagia menyelinap di dalam hati.

“Di, bangunlah. Lambat karang. Liya masuk awal hari ni.”Adliya menggoncang tubuh Rifdi. Hai…liat sungguh mamat ni. Dah jadi laki pun, macam ni gaya. Kalau dah jadi bapak, macam mana pulaklah..alamak! Apa aku melalut ni?? Kat hospital kaki cam tak jejak tanah, ni nak beranak pulak? Memang cari balalah.

“Ala…baru je nak tidur lama- lama. Semalam kan abang on-call. Sikit je. Please!!”aku bukak mata sikit. Namun, terkatup balik. Letih giler! Tengah syok peluk- peluk Adliya, tiba- tiba Fahmi telefon. On-call. Ada pesakit aku perlukan operation segera. Nak tak nak, atas dasar tanggungjawab, aku bangkit. Meninggalkan Adliya yang masih tidur. Bini aku tu pun tak cukup tidur. Ye la. Aku pun pernah jadi freshie dulu. Bila dah dapat jadi doktor, selamat sikit. Takdelah macam jejak angin, tak pijak tanah sibuknya. Kurang sikit berbanding dulu.

“Kalau macam tu, biar Liya yang bawa kereta.” Mata yang kelat, cepat- cepat terbuka. Ugutan tu!! “Tak boleh. Tunggu kejap. Abang pergi mandi.” Adliya tersengih apabila kelibat Rifdi hilang di bilik air. Tau takut!

Firdaus! Satu nama yang masih segar terukir di hati. Namun, kehendak mama dan papanya tersayang membantutkan hasratnya untuk menganyam kebahagian bersama lelaki yang dicintainya. Figura lelaki itu ditenung dari arah belakang. Tiba- tiba lelaki itu berpusing. Bertaut pandangan. Lelaki itu tersenyum. Adliya cepat- cepat berpusing. Melarikan diri kalau boleh. Langkah kakinya terhenti apabila lengannya dipaut.

“Daus. Kita tak boleh macam ni lagi. I dah ada suami.” Pautan cuba dileraikan. Firdaus mengejapkan pegangan. “Nope, until you fall in love with him. You masih cintakan I, am I right?” genangan air mata mengaburkan pandangan. Nasib baik bukan dekat hospital. “Kita bawa haluan masing- masing, Daus. I tak cintakan you lagi.” Tipu. Tapi itu je cara aku melepaskan diri.

“Honey, you boleh tipu I, tapi you tak boleh tipu hati you, diri you.” Firdaus meleraikan pegangan. Dia ingin memeluk perempuan yang bertakhta di hatinya. Namun, dia mengalah. Perempuan di hadapannya begitu mementingkan soal agama. Itulah keistimewaan Adliya di matanya.

“Please, cari orang lain, Daus. Kalau betul you sayangkan I.” Adliya berlari meninggalkan Firdaus. Namun, hati lelaki itu tidak berputus asa. Ingin sahaja Firdaus menyanyikan lagu Irwansyah, Ku tunggu jandamu. Huhu…biarpun Adliya bergelar janda, dia akan menerimanya.

Potret wajah Adliya ditenung. Ligat tangannya mengabadikan wajah itu dalam bentuk lukisan. Sudah lama dia tidak mengasah bakat pelukis yang ada di dalam dirinya. Sejak dia memegang stetoskop, makin berkubur bakatnya sebagai pelukis.
Aku nak hadiahkan kat dia. Mesti dia terharu. Pintu bilik tidurnya dikuak. Dia dapat mendengar dengan jelas walaupun dia dari bilik sebelah. Cepat- cepat aku menghabiskan sisa lukisan. Aku cepat- cepat menutup pintu bilik. Pintu bilik aku buka. Adliya hanya menunduk. Aku tergamam melihat dia mengesat sesuatu di wajahnya. Menangiskah? Sebab apa?

“Honey, kenapa ni?” Aku nampak Adliya kalut mengesat air mata. Walaupun dia cuba menyembunyikannya. “Tak ada apa- apa.” Aku dapat rasa yang dia tipu. Tanpa berfikir panjang, aku memeluk tubuhnya. Pinjam sedikit semangat. Mana tahu, dia menangis sebab pesakitnya meninggal ke? Aku dulu pun sedih bila pesakit yang aku anggap macam abang aku meninggal. Huhu..sentimental sekejap.

Air mata Adliya makin laju tanpa Rifdi sedar. Terharu dengan keprihatinan Rifdi. ‘Macam mana ni? Hati aku masih pada Daus. Rifdi macam mana pula? Tak ada ruang langsungkah dia untuk menghuni hatiku? Aku tak boleh macam ni, tapi…ya Allah, bantulah hambaMu ini.’ bisik hati Adliya. Adliya mengesat air mata. Dia meleraikan pelukan. Rifdi tersenyum.

“Dah ok? Jom kita makan. Di dah masak. Special untuk isteri Di.” Aku memimpin Adliya. Adliya menurut. Aku lihat wajahnya macam terharu melihat juadah yang aku masak. Hehe..masakan favourite yang aku korek dari mak mertua aku. Kalau nak harap Adliya yang bagitau, hermm, berjanggut lagi panjang dari janggut sejemput aku sekarang ni. Hehe..

“Mana tau, ni semua kesukaan Liya?” Dia mengunjuk pada asam pedas ikan tongkol, sup sayur campur, dan paling penting, ikan masin. Dah lama dia tidak makan ikan masin. Terliur dia dengan semua masakan itu. “Jom makan.”

“Di, Liya turun jap je. Nanti lepas beli, Liya masuk balik.” Adliya menghalang aku dari mengikutnya. Takut betul. Mana taknya, Adliya cakap aku selalu memalukan dia depan orang ramai. Betul ke? Setakat pegang- pegang tangan dia yang sentiasa sejuk beberapa saat aku genggam tangan dia adalah..huhu..bini sendiri pun, kan?? Aku tersengih sendiri. Ringtone dari handset menjerit sakan. Aku menyeluk poket mencari handset aku. Eh, bukan handset aku. Aku terpandang handset Adliya, atas dashboard. Nada terhenti. Kemudian, menjerit kembali. ‘Penting kot.’ Bisik hatiku. Aku segera mengangkat. Belum sempat aku memberi salam, si pemanggil menerjah tanpa salam.

“Kak Hani, abang…abang Daus accident! Teruk! Dia..dia ada di hospital akak sekarang.” Kemudian, aku tak dengar apa- apa lagi yang dibicarakan oleh si pemanggil yang bernama Fahima itu. ‘Siapa Daus?’aku tertanya- tanya. Sepintas, akal aku berpusing ligat sebelum menaip mesej kepada Fahima. Agar Adliya tidak mengesyaki bahawa dia telah mengetahui tentang ‘sesuatu’. Bukan niat untuk menuduh perempuan yang amat aku cintai, namun rasa was- was membuatkan aku perlu menyiasat. Sebelum terlambat. Mana tahu, aku terpaksa mengorbankan rasa cintaku padanya demi kebahagiaannya. Kebahagiaan Adliya lebih penting dari nyawaku. lebih penting dari nyawaku. Ya! Aku mengaku. Aku amat mencintai Adliya.

Aku tersentak apabila Adliya memasuki ke dalam perut kereta. Bau ayam goreng dari KFC membangkitkan selera. Aku tersenyum kepada Adliya. “Lamanya beli.” Adliya tersengih. Manisnya senyuman gadis itu. Bunyi nada mesej mematikan sengihannya. Aku lihat mukanya berkerut. Aku dapat merasakan mesej dari Fahima.

“Di, Liya…”dia kelihatan takut- takut. ‘Adakah Daus orang yang dia sayang??’ Automatik, hatiku berdebar. Aku berpura- pura tenang. “Apa, sayang?”sengaja aku tekankan perkataan ‘sayang’ itu agar dia mengerti.

“Liya ada kerja. Di, balik dulu ye. Kalau nak makan dulu pun tak pe. Jangan tunggu Liya.” Belum sempat aku membuka mulut, Adliya sudah terkocoh- kocoh keluar dari kereta. Dia segera menahan sebuah teksi yang kebetulan berhenti di situ. Aku lihat dia begitu terkocoh- kocoh untuk ke hospital. Tanpa Adliya sedari, aku mengekorinya. Bukan niat untuk mengintip, namun untuk mempastikan sesuatu.

Adliya masuk ke salah satu wad dengan air mata berlinang. Hatiku luluh. Bersaksikan mata ini, aku lihat isteriku sendiri menangisi seorang lelaki bukan muhrimnya. Pedihnya hati. Rupa- rupanya, aku bukan lelaki pertama yang dia cintai sepertimana aku. Adliya merupakan perempuan pertama yang aku cintai. Aku melangkah meninggalkan hospital dengan langkah longlai.

Sebak aku rasakan hatiku apabila aku membaca diari milik Adliya. Diari itu aku temui di dalam almari pakaian Adliya. Selepas aku selongkar mencari bahan bukti. Air mata lelaki aku hampir menitis pabila mengenangkan Adliya begitu mencintai Firdaus, kekasihnya sewaktu mereka belajar di luar negara.

Malam itu, tanpa pengetahuan Adliya, aku pulang ke rumah emak. Emak tercengang melihat aku yang tiba- tiba balik. “Mana Adliya?” emakku menyoal. “Duty. Kenapa mak? Along dah tak boleh balik sorang lagi ke?”soalku sambil menghadiahkan emak sekuntum senyuman. “Mana Achik?” aku segera mencari adik ketigaku di bilik setelah mendengar jawapan emak.

“Achik!” Pen yang dipegang Afriza terpelanting jatuh. Dia berpaling. “Along! Hisyh, terkejut Achik.”cubitan hinggap di lengan aku sebagai balasan. Mak oiii…sakit siot. Aku meluku perlahan. “Ni study ke mengelamun?”saja aku mengusik. Melihat wajahnya merona merah, aku tahu, dia marah. Marah dengan tuduhanku yang melulu. Hehe..aku tersengih dalam sedih. ‘Achik, Along tak kuat.’bisik hatinya. Pertama kali dia bercinta, pertama kali juga dia terluka. Achik terpinga- pinga melihat ada air mata bertakung di tubir mata. Segera dia mendekati aku.

“Along bergaduh dengan akak Hani ke? Kenapa nak menangis- menangis ni? Along, jangan buat Achik takut. Apa punya lelaki la. Menangis macam perempuan.” Aku tahu Achik terkejut. Aku tanpa segan terus memeluk adik yang aku sayang ini.

“Achik, sorry. Along ambil masa sikit. Boleh, Along tidur atas riba Achik?” Aku buntu memikirkan cara bagaimana ingin membuatkan Adliya sukakan aku. Segala jenis cara aku buat dahulu, namun hatinya masih ada nama Firdaus. Aku menceritakan kesemuanya pada adikku kerana segala rahsia aku simpan padanya. Walaupun dia lagi muda dariku, namun dia lebih matang. Huhu..malu aku dengan dia. Sepatutnya emak lahirkan Achik lagi awal dariku. Haha..salah timing..

“Adliya! Cepatlah! Apa yang bersiap lama- lama tu?”aku sudah menjerit. Sekarang, aku sudah berubah. Dari mesra kepada dingin. Itu semua hanya untuk membuatkan Adliya membenciku. Itu matlamat aku. Agar aku tidak terkilan apabila aku melepaskannya nanti. Asalkan dia bahagia, aku turut bahagia.

“Ni, apa masin sangat ni? Rumah ni banyak sangat ke garam?” aku lihat wajah Adliya kelat berhadapan aku yang angin ini. Namun, jauh di sudut hati, aku sakit hati. Sebab aku pernah nampak Adliya menyiapkan semula sayur yang aku katakan masin itu dengan linangan air mata. Mahu sahaja aku mengesat air mata itu. Tetapi, egoku menghalang. Kalau nak buat sesuatu, kena buat sampai habis. Itu prinsipku. Huhu..even hatiku sakit.

Aku lihat Adliya makin menjauh dariku. Jauh dan semakin jauh. Ya Allah, apa aku buat ni? Aku dapat tahu yang Firdaus sudah keluar hospital. Mereka pula aku tahu yang mereka keluar secara curi- curi di belakang aku. Dayuskah aku bila melihat isteri curang di depan mata tanpa melepaskannya? Aku pening memikirkan. Di hospital, kami tidak lagi makan bersama. Apatah lagi makan berdua- duaan, berkongsi makanan seperti selalu. Tertekan dengan ini, aku mengambil cuti tanpa pengetahuan Adliya. Aku mahu menenangkan fikiranku yang serabut.

Adliya mengeluh. Sejak Rifdi tidak pulang ke rumah dua hari lepas, dia tidak nampak akan kelibat suaminya di hospital. Dia pula segan nak bertanya lanjut pada Dr. Fahmi mengenai suaminya. Dia diberitahu yang suaminya cuti. Cuti? Kenapa langsung tidak diberitahu? Dan kenapa kebahagiaan dia bersama Rifdi, diragut dengan cepat tanpa sempat dia mengenali lelaki itu dengan lebih lanjut? ‘Aku ada buat salah ke?’

“Liya, jom teman Di makan,”Rifdi merengek. Mulanya dia terasa meluat melihat kemanjaan yang dipamerkan Rifdi namun dia telah biasa dan terasa ada bahagia di hatinya. “Kongsi? Dekat kafe? Di, Liya malulah.” “Apa nak malu. Kita kan da kahwin.” Dalam malu- malu, dia tetap juga makan walaupun berebut- rebut dengan Rifdi. Ye la, asyik dia yang dapat makan ayam, aku ni dapat makan sup je. Dalam geram, dia tersenyum bahagia.

Itu dulu. Sekarang, dia tidak tahu apa salahnya. Firdaus pula semakin rapat dengan Suri. Tak sia- sia dia mengheret Suri ke dalam wad Firdaus tiap- tiap hari sehingga Firdaus nampak akan kebaikan Suri yang telah lama menyukai Firdaus sejak mereka di universiti. Dia bahagia melihat mereka berdua. Tapi…dia? Baru dia hendak bahagia, Rifdi meninggalkannya begitu sahaja dan sekarang suaminya cepat marah. Di, mana awak? Liya nak awak balik…Liya nak kita makan kongsi lagi. Tak kiralah Di nak berebut ayam dengan Liya sampai Liya hanya makan sup pun, Liya tak kisah. Liya nak Di. Liya sayang Di. Liya…sudah jatuh cinta dengan Di!

Aku lihat rumah sunyi. Mana Adliya? Duty kot. Aku melangkah ke bilik. Cuti dah habis. Aku dah buat keputusan. Aku akan melepaskannya. Antara rela atau terpaksa. Beg terlepas dari tangan. “Liya!”aku segera ke katil. Adliya aku lihat lembik di atas katil. “Liya, kenapa ni?” Aku meraba dahinya. Panas! Demam? Aku segera berlari mendapatkan kotak first aid. Termometer dikeluarkan lalu disumbat ke dalam mulutnya.

Ya Allah!

“Liya, bangun sayang. Mari makan.” Mata Adliya terbuka sedikit. Kemudian luas. Aku tergamam pabila dia memelukku. “Di, awak pergi mana? Kenapa tak bagitau Liya? Liya…” Aku merungkai pelukan. Tidak mahu aku makin jatuh sayang padanya. “Di tak pergi mana- mana. Nah, makan dulu.”aku suakan bubur.

Dia nampak begitu terkilan dengan tingkahku. Ada air mata bergenang di situ. “Liya tak nak makan. Biar Liya mati. Kalau macam tu yang Di nak.” Dia menepis mangkuk bubur sehingga jatuh. “Apa ni Liya? Aku cakap makan, makanlah! Kau tu tak sihat!”aku sudah meninggikan suara. Terpejam mata Adliya mendengar tengkinganku. Bersama air mata. Dia menolak aku lalu cepat- cepat turun dari katil. Dia ingin berlari. Dengan gerak perlahan, aku lihat Adliya terjelepok jatuh. “Liya!!!”

“Tahniah, Dr. Rifdi. Wife you pregnant three month. Apa la kau ni, nama je doktor, isteri mengandung pun tak tau.”ujar Dr. Wani, rakan sekuliahku sewaktu di universiti.

Aku terkejut. Makin sukar aku nak melepaskan Adliya. Aku hanya ingin melihat dia bahagia bersama Firdaus. Aku lihat Adliya hanya terkebil- kebil di atas katil. Dia ditahan di wad. “Liya, mari makan.” Adliya menggeleng. Masih terasa dengan tengkinganku barangkali.

“Please Liya, ingat tentang kandungan itu sama.”

“Tak nak! Liya cakap tak nak, tak naklah.” “Liya!!!” Serentak itu, air mata Adliya kembali menitis. “Sorry, sayang. Di tak berniat nak tengking Liya.” Aku cuba menggapai tangan Liya namun ditepis. “Liya benci Di. Liya benci!!! Tak suka! Benci! Benci!”dia memukul dadaku kuat. Sakit gila minah ni tumbuk aku. Aku menariknya ke dalam pelukan.

“Sorry,honey.” “Liya benci Di. Di tahu tak, Di banyak buat Liya sakit hati.”luahnya tersekat dengan esakannya. “Baliklah pada Firdaus.”Entah kenapa ayat itu meluncur laju dari bibirku. Adliya cepat- cepat merungkai pelukan.

“Apa? Firdaus?” Aku lihat wajahnya kelihatan terkejut. “Mana Di tahu?” Aku tersenyum sebelum melangkah pergi. Aku tak nak dengar sesuatu yang menyakitkan sekarang.

Langkahku terkunci apabila Adliya memelukku dari belakang. “Liya hanya cintakan Di sejak kita berkahwin.” “Jangan tipu diri sendiri Hani Adliya.” Aku merungkai pelukan lalu beredar. “Afiq Rifdi…Hani Adliya cintakanmu.”Tersentuh aku mendengar jeritannya. Namun, aku tetap melangkah. Ke mana? Aku nak solatlah. Plus sujud syukur. Aku kan bakal jadi ayah. Huhu…

Liya? Hilang? Aku mengetuk pintu bilik air yang ada di dalam wad. Tiada sahutan. “Dr. Rifdi. Dr. Adliya dah keluar.” “Pergi mana?” “Entah.” Liya, mana pula awak pergi ni? Dia berlari mencari. Rasanya baru setengah jam dia keluar dari wad Adliya. Aku ternampak Adliya. Apa yang dia pegang tu. Angin kuat membuatkan kertas yang dipegang melayang ke atas jalan. Aku cepat- cepat memegang tangan Adliya yang berkira- kira hendak pergi mengutip kertas itu. Adliya terkejut dengan kehadiranku. Aku menariknya ke dalam rangkulan. “Jangan tinggalkan Liya. Tu kad jemputan perkahwinan Daus dengan Suri. Liya nak tunjukkan pada Di. Liya tak nak ada salah faham.” Aku memeluknya makin erat. “Liya tak salah. Di yang terburu- buru.”ujarku. Lega. Memang betul dia cintakanku sehingga sanggup bergadai nyawa untuk mengambil kad jemputan itu untuk membuktikan padaku.

“Di, tell me that you love me too.” Hai, main arah- arah orang pulak minah ni. Hehe…dah terbalik pulak. Sepatutnya aku yang luahkan dahulu. Aku cepat merungkai pelukan. Aku lihat Adliya menarik muka. Aku tersenyum. “Jom balik.” Aku memimpin Adliya.

“Tutup mata.” Adliya menurut. Langkahnya aku pimpin. “Okey, buka.” “Tak de apa- apa pun.”

“Tarik tu.” Adliya menarik gebar yang menutup. Terpampang wajahnya di atas kanvas.

“I love you more than you know. Everything about you. Saranghae.”ku bisikkan ayat keramat itu di telinganya. Air mata terharu menitis perlahan sebelum ku seka.

“Thanks honey.”

“For what?”

“Sebab cinta Di berbalas.” Aku merasakan Adliya tersenyum di balik bahuku.

09 Oktober 2010

Aku, dia...ada kamu..

“Mohamad Daud Ilhamie..!!”nada suaraku naik seoktaf.

“Nadira Ayuni..!!!!”aku terkedu mendengar suara itu berganda-ganda oktaf dari aku. Tersentak kanak-kanak lelaki di hadapanku. Mainan di tangan, terlepas. Sekelip mata, dia berlari dan memelukku. ‘Tu dia, bila baba marah, terus senyap. Kalau ummi dia marah, wat dek je.. bertuah punya budak..!’

Aku mengalih badan. Bercekak pinggang. Mata aku dengan lelaki yang nadanya tinggi tadi saling bertatapan, mengeluarkan aura berbara masing-masing. Tidak puas di antara satu sama lain. Aku betul-betul tidak puas hati betul dengan mamat di depan aku ni. Pertama, sebab mengejutkan aku dengan suara dia yang tak merdu langsung. Kedua, masuk rumah, tak bagi salam. Pantang aku kalau masuk rumah, tak bagi salam. Apa?? Ingat rumah ni hotel ke? Masuk, keluar suka-suki tak bagi salam. Ketiga, aku tak suka bau orang merokok ni. Entah berapa kilo rokok entah, dia hisap sampai hidung aku ni dah tak tahan dengan bau tu. I HATE SMOKER..!! Keempat..wah, banyak giler kesalahannya..huhuhu..memang banyak pun. Aku paling pantang orang tinggikan suara ni. Especially depan budak kecik ni.

Bunyi mainan terjatuh membuatkan aku dan mamat tadi, berpaling ke arah itu. Entah bila Ilhamie melepaskan pautan tangannya pada kaki aku,aku tidak tahu. Sedar-sedar mainan yang bersepah tadi dah kembali di dalam bakul yang menempatkan mainannya. Tanpa berlengah, kanak-kanak itu mencempung bakul tersebut lalu langkahnya mencicit menghala ke biliknya yang bersebelahan tangga. Ketawa yang ingin meletus, dibiarkan mati di hujung bibir. Suasana masih lagi tegang. Aku kembali menala pandangan pada wajah mamat tadi. Senyuman yang berbunga di bibirnya turut mati pabila dia menyedari aku merenungnya.

“Kenapa awak ni? Tak boleh ajar anak elok-elok sikit ke? Sikit-sikit nak tinggikan suara tu. Macam tu ke nak ajar anak-anak?”soalan demi soalan terpacul keluar dari bibir itu. Aku mencebik. Aku ternampak sekilas Ilhamie sedang mengendap dari dalam biliknya. Ish, budak ni. Jangan tengok orang tua-tua gaduh.
“Shut your door, Ilhamie. Or else, no KFC for this month!” Ugut aku sambil mataku menala pada pintu yang sedikit terbuka itu. Pantas pintu itu ditutup. Ngee~ ugut tak makan KFC, laju je mendengar kata. Bukan payah pun nak pujuk kanak-kanak 4 tahun itu.
Mamat di depan aku hanya menggeleng. Dia melangkah longlai menuju ke tangga. “La, kita tak habis discuss lagi.”ujarku. Aku tersengih di dalam hati. Kalau macam ni gayanya, memang dia sudah mengalah. Hahahahaha..yeehaaa..aku menang lagi..!!

“Malas nak bertekak dengan orang yang tak makan saman macam awak.” Sahutnya dari atas tangga.

“Memanglah, Ayu makan nasi. Bukan makan saman. Apalah..konon master holder. Benda remeh pun..”

“Can you shut your mouth for a nano-second?” Dia memintas percakapanku. Terkaku sekejap aku di belakangnya yang dari tadi mengekorinya. Aku mencebik. Tu tandanya, dia AMATLAH letih. Itu yang aku belajar sejak tiga tahun memegang status isteri kepadanya. Isteri kepada Mohd Helmi. Ermm..isteri ekspress yang memang terpaksa kahwin dengannya sebab aku ni memang tak laku-laku.

Itu kerja mak dan bapa aku yang paksa memaksa aku berkahwin dengannya. Pulak tu, parents aku dengan parents dia dah berpakat dari awal. Perghh..time tu memang aku superpower marahkan mereka-mereka tersebut. Mamat itu a.k.a suamiku itu turut bengang dengan rancangan ibu dan ayahnya. Tapi, nak buat macam mana. Masing-masing bimbang dengan anak-anak mereka yang tak laku-laku (bukan tak laku, tapi tak mau fikir pasal kahwin lagi), sibuk je rangka plan sehingga kami ternikah. Ermm..tapi tulah..Puas sudah aku berbaik dengan mamat ni. Tapi mamat ni macam tak da perasaan je nak terima aku. Tiga tahun beb. Sapa tak sayang laki?? Sedih. Dah lah aku dapat anak ekspress jugak. Tu, budak kecik yang kena tengking dengan aku, dan aku pulak kena super tengking dari babanya tu adalah anak kepada Mohd Helmi.

Aku dipaksa kahwin dengan duda ke?? Itu ayat pertama keluar selepas aku melihat ada budak yang berumur setahun lebih di pangkuan suamiku selepas sah akad nikah. Perghh..dah sah jadi isteri kepada lelaki yang berumur 30 tahun itu baru tau yang dia ni rupanya duda. Adoiiiiii..aku yang berumur 28 tahun hanya menahan kecewa di dalam hati. Sah-sahlah mamat ni takkan ada perasaan kat aku. Mesti setia dengan bekas isterinya. Malam tu baru aku tau yang dia bukan seorang duda. Anak teruna beb. Lepasan master dalam bidang engineering. Laki aku engineer berjaya beb. Sapa tak bangga..!! Anak yang dipangku tengahari tadi memang anak dia. Eh, tadi kata anak teruna..macam mana boleh ada anak?? Confius?? Hahaha..memang anak. Anak buah. Anak buahnya itu dijaga selepas tiga bulan abang dan kakak kandung meninggal dunia kerana kemalangan. Kiranya itu anak aku dengan dia jugalah. Huhu..mula-mula kekok jugaklah nak menjaga Ilhamie ni sebab aku tak ada adik. Anak sedara lagilah tak ada.
“Nak makan. Awak dah masak?”perlahan suaranya bertanya. Tersedar aku dari lamunan. Ceh, bila masa aku dah dok landing atas katil ni? Mamat tu tadi yang masih berkemeja, sudah bertukar t-shirt dan berpelekat. Rambutnya basah. Perghhh..lamanya aku mengelamun sampai dia sudah mandi.

“Huh?”Asal pulak otak ni blur? Dia tersengih. Adoi, bini aku ni la. Dah umur 30 lebih tapi perangai budak-budak masih ada lagi.
“Jangan cakap yang awak tak..”
“Eh, jangan pandang Ayu sebelah mata ye cik abang. Semua dah siap, tunggu dia je. Sampai Maghrib tak balik-balik lagi.”
“Jom makan.”

*****************************************************************

Aku selalu berangan. Lepas kahwin aku nak jalan-jalan dengan laki aku. Pegang-pegang tangan, boleh peluk-peluk. Hurmm..satu keluhan dilepaskan. Aku melonggarkan pelukan. Ilhamie di sebelah dipandang. Lena sungguh kanak-kanak ini. Ada anak secomel Imi. Mengeluh lagi. Mata terasa berat dengan cecair jernih. Pejam. Cecair tadi laju menuruni pipi. Kenapa nasib aku begini? Ada suami tapi dilayan macam kawan. Tak ubah seperti roomate perempuan lain. Jika disentuh, dibelai, tiada perasaan. Bukan dia yang menganggap Helmi sebegini, tetapi Helmi yang melayannya seperti seorang housemate meliputi roomate yang menjaga seorang anaknya.

Akan ada lagikah bahagia untukku?

Aku mengesat air mata. Dahi Ilhamie dikucup. “Lenalah tidur anak ummi. Ummi sayang Imi.” Pipi Ilhamie pula sasaran bibirku. Ilhamie bergerak-gerak sedikit. Mungkin lenanya diganggu oleh kucupanku. Lampu bilik dipadam lalu aku melangkah longlai ke pintu. Sekali lagi aku berpaling. ‘Imi, kalau ummi tiada, Imi akan rindu ummi tak?’
Bulan penuh megah terlayar di dada langit. Aku mendongak. Memandang penuh khusyuk. Namun, ingatan aku kembali pada dua tahun lepas pada hari ulang tahun perkahwinanku.
Kek di atas meja sudah tersedia. Lilin pula memang sedia terpacak di atas kek chocolate mousse yang aku sendiri bakar. Terer tak terer, aku main taram je bahan-bahan sebab aku dah lama tak bake kek sebegini. Ilhamie yang duduk di kaunter sengih dari tadi. Ada spageti, chicken chop, dan macam-macam lagi. Sengaja aku mengambil cuti. Lepas tu, masak puas-puas. Ilhamie dari tadi memang tidak berganjak dari sisiku. Dia tukang merasa masakan aku. Konon-konon chef la dia tu. Hahaha..

“Imie, tepon baba sekarang.”arahku sementara aku menghidang semua makanan tadi di atas meja makan. Pantas dia berlari menuju ke ruang tamu mendapatkan telefon.
“Dah telefon?”soalku. Budak ni entah tahu tekan nombor ke entah. Hari tu, memang aku mengajar dia menekan punat telefon.

“Dah.” Sambil mengangguk. Tersenyum melihat keletahnya. Aku menoleh melihat jam. 8.00 malam. ‘Alamak, maghrib belum lagi. Kejap lagi mesti dia balik. Sempat tak ni ye?’
“Imie, jom ikut ummi mandi. Kejap lagi baba balik.”

Ilhamie sudah terlentok di atas sofa. Aku menjeling ke arah jam. Pukul 11 malam. Makanan masih di atas meja. Bermakna Helmi tidak balik lagi. Akhirnya aku jua terlelap. Sedar-sedar je mata aku melekap pada jam di dinding. Ilhamie dipandang dengan pandangan berat. ‘Lupakah dia? Padahal tadi Imie ada telefon..?’

Aku menggendong tubuh Ilhamie masuk ke dalam bilik. Dahi diusap sebelum dicium. Satu keluhan dilepaskan. Tahun lepas pun macam tu jugak. Takkan tahun ni pun macam ni jugak. Langkah diatur lemah menuju ke meja makan. Lilin dicabut dengan perasaan berbaur. Lepas mengemas, aku melangkah ke bilik. Yang pastinya, aku tidak dapat melelapkan mata. Esoknya dia pulang dengan muka tidak bersalah. Urghhhh~
Hari ini jua hari ulangtahun perkahwinan kali ketiga tapi aku tidak menyediakan apa-apa. Memang patut pun aku tidak sediakan apa-apa, sampai sekarang pun dia tak balik lagi. Aku pun tak tahu nak buat apa lagi dah. Bila difikir-fikir balik, dia macam sengaja mengelakkan diri dari mengingati tarikh ini. Menengadah kembali pada langit cerah. ‘Helmi, susah sangat ke kau nak menerima diriku?’

*****************************************************************

“Mie, kau tak balik lagi ke?” Helmi sekadar menggeleng. Wajah si rakan dipandang. Senyuman hambar dihadiahkan.

“Aku tengok kau macam tak happy je. Dah lama aku perhatikan. Sejak kau kahwin, sampai dah tiga tahun, muka macam ni lah kau tayangkan. Berbeza sebelum kau kahwin. Nak share dengan aku ke?” Zaidi memancing perhatian si sahabat.
“Ketara sangat ke?” Dia membetulkan kerusi. Tangan diangkat lalu mendarat di atas dahi.

“Aku sebenarnya menyesal dengan perkahwinan ni.” Zaidi tersentak dengan kenyataan yang keluar dari mulut Helmi. Biar betul dia ni..??

“Teruskan.”

“Aku tak tahu. Aku hanya anggap dia sebagai kawan je. Tak lebih.”

“Buruk sangat ke perangai dia tu?”

“Dia baik. Pandai masak. Pandai jaga anak. Ilhamie memang suka dia. Tapi..”
Zaidi menjungkit kening bertanya.

“Tapi aku tak ada perasaan pada dia. Aku rasa nak lepaskan dia. Tiga tahun pun masih belum ada perasaan tu.”

“Kau tak try pupuk perasaan tu kot?” Zaidi menongkat dagu. Matanya tepat pada wajah Helmi.

“Aku dah try. Sebab tu aku bertahan sampai tiga tahun ni.” Terimbas kembali sehari selepas hari ulangtahun perkahwinannya tahun lepas.

Ilhamie menempek di sebelahnya sambil memuncung. Wajah comel anak saudara yang dibelanya ditatap.

“Ba,napa tak alik semalam?”tanya si kecil dengan pelat kanak-kanak. Tangannya menarik piring kek di atas meja.

“Ummi buat kek. Cedap ooo..tapi ba tak alik. Cian ummi wat sume.”

“Imi tunggu sampai pukul berapa?” Jari kecil itu menunjukkan pukul 10 malam. Tu si kecil tunggu sampai pukul 10. Si perempuan tu pulak? Matanya menjeling wajah si isteri yang sibuk menghidang makan malam. Satu keluhan dilepaskan.

“Baba sibuk sayang.” Matanya menangkap pandangan si isteri. Dia menelan liur. Senyuman plastik menyapa matanya. Dia turut menarik senyum. Mengaburi gugup di hati yang bertandang tiba-tiba.

“Aku nak baliklah.” Kerusi ditolak kasar. Zaidi yang duduk hampir terbalik dari kerusi dek kejutan tersebut. Kuss~ gila apa mamat ni!!

*****************************************************************

Dia menapak perlahan menuju ke meja makan. Kosong. Dia menapak pula ke peti sejuk. Tetap tiada benda yang dicari. Langkah kaki diatur menuju ke bilik. Tetap kosong. ‘Aik, hilang mana pulak Ayu ni? Bilik Imi kot.’ Desiran angin malam yang menyapa membuatkan matanya terpaku di balkoni. ‘Aiyaa, malam-malam suka buka tingkap. Sejuk der..~’

Terkedu seketika pabila sesusuk tubuh menyapa pandangan. Lena. Dia menarik nafas yang tiba-tiba semput. Dia melangkah merapati. Ingin dikejutkan si isteri yang lena. ‘Isteri?’ Dia menelan liur.

Telefon bimbit yang setia di dalam genggaman Ayuni ditarik perlahan. Jarinya tertekan pada kekunci telefon milik Ayuni. Lampu skrin menyala terang. Matanya menangkap gambar skrin yang menjadi wallpaper. Retina mata membesar. Wajah lena itu dipandang silih berganti dengan gambar wallpaper itu. Tidak percaya! Wajahnya terlayar di skrin telefon bimbit itu!

Dia menapak perlahan merapati Ayuni. Dia mencangkung di hadapan wajah lena itu. Basah! Malah masih ada air meleleh di pipi. Helmi menelan liur sekali lagi. ‘Ya Allah, apa aku dah buat padanya?’ Terasa ingin mengesat air mata itu.
Tiba-tiba tangannya bergetar. Telefon Ayuni di tangan dipandang. Incoming call from Zikri. ‘Siapa Zikri?’ Ringan jarinya menekan punat hijau. Teragak-agak dia meletakkan gajet itu di telinganya.

“Mamat tu tak balik jugak ke? Kan aku dah cakap, kau degil. Dia takkan balik punya. Lelaki jenis tu, aku dah boleh jangka mcam mana dia. Kau..kau minta cerai je dengan dia. Dari dia wat macam kau tak de, baik kau fikirkan cara aku ni.” Suara Zikri yang entah-siapa-entah itu masih mengomel tanpa sedar bukan Ayuni yang menjawab panggilannya. Punat merah ditekan lama bagi melumpuhkan fungsi. Telefon diletakkan kembali di genggaman tuan badan.

Dia berpatah semula ke dalam bilik mengambil selimut. Dengan kadar segera dia menyelimuti Ayuni. Dia tersenyum hambar. Dan dia kembali melangkah ke kamar dan merebahkan dirinya di atas katil.

*****************************************************************

Ilhamie dipimpin dengan wajah ceria. Terhayun-hayun genggaman erat tangan antara Ayuni dan Ilhamie. Kaki turut laju dihayun seiring langkah si kecil. Helmi tersenyum suka. Ayuni memang suka budak-budak sampai dia terikut-ikut sekali karakter Ilhamie yang tak matang itu. Tergeleng-geleng, tergelak-gelak, semua perwatakan Ayuni yang ceria itu diperhatikan. Cuba memberi peluang kepada hati supaya membuka hatinya untuk si isteri.

“Umi, Imie nak es krem.”pinta si kecil manja. Ayuni tersengih. Dia mengunjukkan pipinya. ‘Upah’ dia berbisik. Pantas bibir mungil Ilhamie hinggap di situ. Ayuni tersengih suka. Wallaa~ ada lesung pipit! Helmi terpana. Kakinya melekat di atas rumput taman itu. Dia terpegun. Cantiknyaaaa~ Dek terleka dengan khayalan, dia hampir tersungkur selepas seseorang mendorongnya ke hadapan.

“Sorry.” Lelaki tadi cepat-cepat melangkah selepas mengucapkan maaf pada Helmi. Helmi sekadar tersenyum memaafkan. Ayuni dan Ilhamie tiada di hadapannya lagi. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Penat melayan kerenah Ilhamie yang mengerah tenaga. Puas mengejar kanak-kanak itu seorang. Nasib taman ni tak luas mana, kalau tak, habis satu taman ni dia nak tawaf. Yang si Ayuni tu tak penat ke layan dia? Aduh, naik semput!

“Baba..baba..”ha..sudah..mai dahhhh~ Dalam keterpaksaan, dia mengadap Ilhamie. Ilhamie mengunjuk sebatang ais krim vanilla. Vanilla? My favourite! Haha..selepas Helmi menarik ais krim dari tangan kecil itu, langkah kaki si kecil itu kembali berlari ke buaian berdekatan. Ayuni yang berada di buaian sebelah lagi melemparkan senyuman. Senyuman hambar. Kemudian, dia melayan keletah Ilhamie.

Sejak dua menjak ini, Ayuni semacam je dengan dia. Tiada lagi kata-kata bak bertih jagung menceritakan pelbagai cerita masa makan, masa lepak-lepak depan tv, dan juga di dalam bilik. Dia perasan situasi itu. Cuma dia tidak ada kekuatan untuk bertanya lanjut. Bimbang ianya berpunca dari dia. Ayuni selesa mengunci mulut walaupun dia balik lewat malam. Sengaja dia pulang lewat. Berharap Ayuni membebel macam dulu. Namun sebaliknya berlaku. Kepulangannya tetap disambut, tetapi tiada sebarang perkataan keluar dari bibirnya. Pelik. Semuanya selepas anniversary mereka. Dia mengeluh. Ais krim vanilla yang meleleh segera dimakan.

*****************************************************************

Kemeja dihampar di atas iron board. Laju seterika digerak-gerak sebelum permukaan besi itu mencecah kemeja ungu lembut itu. Ilhamie sudah menghilang selepas bertenggek di atas bangku kecil. Mungkin join dengan babanya menonton televisyen. Ermmm..encik Helmi si engineer berjaya itu sekarang dah tak pulang lewat dah. Lepas waktu pejabat, dah terpacak depan pintu rumah. Hairan jugak awalnya, tetapi sekarang aku dah buat tak endah. Lantak dialah. Tiga tahun aku bertahan. Sekarang dah tak rasa apa-apa. Entahlah..mungkin dah terasa ianya bagai hambar.

Ayuni mengambil penyangkut sebelum menyangkut kemeja yang telah siap diseterika itu. Seluar slack hitam pula diambil lalu diseterika. Baju kurung dan tudung masih belum diseterika. Utamakan suami. Hailaaa~ bila aku nak ada laki betul-betul ni?? Terasa air bergenang di mata.

Dia berkalih untuk menyangkut seluar slack. Air mata yang bergenang meluncur laju pabila matanya terpandang sesusuk tubuh yang entah bila berada di belakangnya. Ilhamie yang di atas dukungan meronta ingin turun dari dakapan babanya. Air mata segera dikesat sebelum si kecil sempat bertanya. Namun ianya sempat ditangkap oleh mata Helmi.

Helmi tersentuh. Parah luka di hati milik si isteri. Menangis senyap-senyap. Sembunyi-sembunyi. Hatinya turut terasa peritnya. Ilhamie pantas mendongak. “Umi, ada habuk ke kat seluar baba?” Spontan ketawa meletus di bibir Ayuni. Suis seterika ditutup.

“Ha’ah, banyak.” Ayuni tersenyum sebelum menyambung. “Jom, umi temankan Imie tidur. Dah lewat ni. Jom.” Dia mengerling sesaat ke wajah Helmi sebelum melangkah meninggalkannya di ruangan itu. Helmi hanya memandang. Dia turut melangkah. Namun langkahnya menghala ke pintu hadapan. Kunci kereta yang tergantung, diambil.
Bunyi deruman kereta menyentap tangkai hati Ayuni. Bacaan terhenti seketika. Dia memandang wajah Ilhamie. Lena. Bedtime stories tidak diteruskan. Laju tangannya menekan suis lampu tidur. Dia mengucup dahi anak buahnya sebelum keluar.

Dia pantas berlari menutup pintu bilik. Terasa air matanya laju menuruni pipi. Esakan semakin menjadi-jadi. Entah kenapa hatinya terasa sayu tatkala mendengar deruman kereta Helmi menyapa pendengarannya tadi. Seolah-olah Helmi tidak memerlukannya lagi. Seolah-olah hubungan ini sudah berada di penghujungnya. Kepada siapakah dia ingin mengadu? Zikri, paksu yang sebaya dengannya? Tidak! Dia tahu paksunya tidak sukakan Helmi. Ilhamie? Budak mentah itu hanya tahu tersengih dan bergurau sahaja.

Tangisan reda. Dia menarik nafas panjang. Lari? Ingat cerita novel ke nak lari-lari? Kalau lari, bukan Helmi tu hadap sangat nak pergi pujuk? Kalau novel memanglah hero akan pergi pujuk heroin. Arghhhhhh~ Serabut. Okey, diam. Tarik nafas. Terbatuk-batuk selepas nafas yang ditarik tidak sampai setengah jalan pabila terdengar bunyi kereta. Cepat-cepat dia memadam lampu bilik. Badannya diselimuti kalut-kalut. Dia menunggu kedatangan Helmi di sebalik selimut tebal.

Helmi sedikit hairan melihat keadaan biliknya yang gelap. Pantas dia menjeling jam di tangan. 10.30? Awalnya tidur!! Dia kembali berfikir. Macam mana ni ea? Aku bukan pandai sangat bercinta ni. Aku nak bagi peluang pada si Ayu. Tetapi macam mana nak explain pada dia? Adoiiii!! Buntu..buntu..nama je master holder. Tetapi benda remeh macam ni pun tak boleh nak handle. Not my fault, k? Kat uni mana belajar benda-benda macam ni ye..

Bilik kembali terang. Matanya terbeliak melihat Ayuni bergulung di dalam selimut. Tak panas ke? Suhu bilik diturunkan. Mati kepanasan kang..huhu..dia menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya. Dia menarik pen. Kad yang dipegang dari tadi, dibuka. Dia mengetuk-ngetuk kepala dengan pen tadi. Idea..ui..datanglah..aku bukan jenis jiwang-jiwang. Sekali fikir idea terus datang. Puas berlunjur, bersila, empat baris akhirnya dapat disiapkan. Empat baris? Jadilah tu..dari tak de.. Dia melihat jam. Terjegil! Mak aiii..lamanya aku siapkan benda alah ni. Pukul 1. Helmi menelan liur. Mata pula semakin memberat. Baik aku tidur!

*****************************************************************

“Mana Imie?”soalku melihat si Helmi keseorangan. “Kan Ayu dah pesan, tolong ambilkan dia. Hmm, tak pelah. Ayu pergi ambil sekarang.” Helmi merentap lenganku. Langkah kaki terhenti.

“Saya hantar dia rumah Achik.” Keningku bertaut. Lenganku ditarik. Tubuhku mendekatinya. “Supaya dia tidak menganggu kita.” Aku cepat-cepat menarik lenganku. Sudah terlambat dia nak berbaik denganku. Aku menggeleng.

Aku laju melangkah ke kereta. Cepat-cepat juga Helmi mengejar. Lenganku cuba ditarik namun aku pantas mengelak. Segera aku meloloskan ke dalam kereta. Pintuku dihalang dari tertutup. Aku menjeling sekilas sebelum menolak kuat badannya yang menghalang. Pintu kereta ditutup dan dikunci. Enjin dihidupkan. Wajah Helmi sukar ditafsirkan. Dia mengetuk cermin tingkap berulang kali. Meski ada sedikit belas, namun aku teruskan jua niatku untuk mengambil Ilhamie.

Helmi tiba-tiba melutut di depan kereta membuatkan aku menekan brek mengejut. Geramnya aku!!!

“Awak nak mati ke?” Helmi mendongak melihat wajahku yang mula masam. Dalam keadaan melutut, dia mengengsot mendekati. Tanganku diraih.

“Please, give me one more chance. Peluang untuk mencintai awak dan dicintai awak. Peluang untuk menjalani kehidupan baru sebagai suami isteri yang sebetulnya.” Wajahku dipaling. Supaya dia tidak melihat air mata yang bila-bila masa akan jatuh.

“Helmi, susah Ayu nak bertahan. Sebab apa? Sebab awak langsung tak nampak Ayu. Awak anggap Ayu ni just tunggul kayu je. Pernah awak fikir tak perasaan Ayu? Awak hanya nampak kerja awak. Ilhamie. Awak tak nampak Ayu. Awak sendiri yang tak beri peluang kepada diri awak!” Kasar nadaku kedengaran. Aku segera merentap tanganku. Air mata makin laju. Helmi segera bangkit.

“Awak tak faham, Ayu.” Rendah suaranya mengundang tangisan.

“Huh, tak faham. Ayu tak faham. Ya, memang Ayu tak faham. Tiga tahun kita bersama. Tiga tahun juga Ayu tunggu. Ayu tunggu awak. Waiting and waiting. Apa yang Ayu dapat? Ayu tak dapat apa-apa! Ayu tak dapat apa-apa..”aku melurut jatuh. Terduduk di atas tar.

Helmi menarik sesuatu dari poket slack. Dia menghulurkan sekeping kad. Aku menolak kad yang dihulur. Helmi tetap tidak berputus asa. Dia membuka kad itu.

‘Buat isteriku Nadhira Ayuni. Terima kasih di atas segala keprihatinanmu terhadapku. Serius, saya tak pandai bermadah. Cuma sekarang saya baru sedar, yang saya hanya mensia-siakan masa yang ada untuk mencintaimu. Biarpun terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-3.’

“Saya sayang awak.” Perlahan Helmi menuturkan tiga patah itu. Aku mendongak. Aku tersenyum hambar.

“Terlambat. Saya minta maaf. Pintu hati saya dah tertutup untuk awak.” Setitis air matanya menitis. Sinar wajahnya amat hampa.

“Baru saya tahu perasaan orang yang patah hati. Sakit.” Suaranya amat perlahan. Hampir tidak kedengaran. Helmi tiba-tiba menggeleng.

“Nadhira Ayuni.” Dia menarik nafas. “Saya tahu saya salah. Saya tahu semua salah saya. Saya tak pandai bermadah. Sebab tu saya tak pandai bercinta. Sebab tu saya hanya gilakan kerja saya. Sebab tu juga saya tak punya kekasih. Sebab tu juga, mak ayah saya cari awak untuk saya. Tahun pertama, saya masih tidak dapat terima kenyataan yang saya dapat wanita sebaik awak. Yang pandai segalanya. Ilhamie pun sukakan awak.” Helmi berpaling.

“Tahun kedua pula, saya still macam tu. Tetapi, awak tak tahu. Awak tak tahu yang tiap malam saya fikirkan tentang kita. Bagaimana saya nak buat kita happy. Awak tak tahu, apa yang saya fikirkan, saya tetap fikirkan awak. Mungkin awak tidak tahu. Saya sentiasa ada di samping awak tiap kali awak outstation. Sebab saya takut apa-apa yang berlaku pada awak. Mungkin orang fikir saya tidak pandai meluahkan tetapi setiap perbuatan saya menunjukkan sayang saya. Sayang saya pada awak. Even lambat meluahkan, tetapi, saya nak kita hidup macam pasangan lain. Saya..”

“Awak hanya fikirkan tentang awak.” Aku memintas.

“Saya juga berubah demi awak. Saya cuba untuk berhenti merokok.” Aku terpana. “Tapi awak tak sedar.” Bila? Aku tertanya-tanya. Dari tepi jalan, kami duduk di atas tembok batu.

“Dan saya juga bangga ada isteri macam awak.” Dia memaut bahuku. Dia tersenyum senang melihat aku hanya tersenyum.

“Bangga kerana setiap apa yang saya lakukan, apa yang saya suka, semua di dalam genggamannya.” Dia menarik tanganku lalu digenggamnya.

“Saya harap sangat, hari ni merupakan titik permulaan kehidupan kita.” Dia melompat turun dari tembok. Hampir aku melatah tatkala dia menarikku turun. Lantas, dia memelukku. “Awak tahu tak, dah lama saya nak peluk awak? Awak, awak jangan sesekali menangis sorang-sorang. Hati saya sakit.” Dia meleraikan pelukan.

“Tengok. Awak menangis lagi.” Serius, aku terharu. Dia mengesat perlahan air mataku.

“Helmi, awak memang pandai memujuk.” Aku tersenyum. Namun, air mataku masih mengalir.

“Kenapa awak tak buat macam ni dulu?” Spontan bibir Helmi mendarat di ubun kepalaku yang dilapik tudung. “Sebab dulu saya bodoh.” Dia tersenyum.

“Awak..cuba lihat sana.” Aku hanya menurut. Ya Allah, indahnya ciptaanmu. Matahari terbenam dilihat cukup indah di pandangan. Aku melihat Helmi tersenyum. Spontan bibirku turut tersenyum. Moga ianya seindah hubunganku dengannya. Walaupun ianya baru bermula di detik ini.

“Saya sayang awak. Dan Ilhamie juga.” Helmi tersenyum senang. Tanganku erat digenggamnya.