“Arghhhhh…!!!!!!!” Syikin menjerit kuat. Handset di tangan diketuk beberapa kali di dahi. Habis merah dahinya dikerjakan sebegitu. Namun, ianya tetap tidak dapat meredakan ketegangan yang ada di dalam diri dan jiwanya.
“Kau ni kenapa? Hangin je aku tengok?”soal Maria kepada roomatenya. Dia hairan malah terkejut dengan jeritan yang bertandang tiba-tiba. Hampir tumpah Milo yang baru ingin dihirupnya.
“Aku geram tau tak!! Asyik aku je yang nak kena tanya dulu, mesej dulu, call dulu. Kalau nak harap dia, huh! Tak taulah aku apa nak jadi dengan hubungan ni!” Ayat terakhir yang keluar kedengaran sayu di cuping telinga Maria.
“Sabarlah, maybe dia sibuk sangat kot.”Maria menasihati sahabatnya. Maria sedikit hairan. Bila ditanya siapa Haikal, Syikin hanya menjawab kawan. Tetapi, bila sehari tak hantar mesej pun dah mengamuk sakan. Ni bukan sehari dah, lebih seminggu Haikal tidak bermesej kepada rakannya itu. Bertambah-tambah ‘angin’lah Cik Syikin tu.
“Kin, aku nak tanya something, boleh?” Maria memberanikan diri bertanya. Persoalan ini telah lama menghuni di benaknya. Cuma masa yang tidak mengizinkan dia bertanya lanjut.
“Kau dengan Haikal ada apa-apa ke?” Persoalan yang keluar membuatkan Syikin berpaling. Dia meletakkan handset di atas meja. Lama dia membisu sambil memandang Maria. Maria pula tidak senang duduk. ‘Salah ke soalan aku tu?’
“Entahla Ya..aku pun tak tau nak cakap,” akhirnya Syikin menjawab lemah. Dia berpaling semula mengadap nota di tangan. Maria tidak bertanya lanjut. Itu tandanya Syikin ingin masa untuk meluahkan segalanya. Dia harus menunggu untuk gadis hitam manis itu membuka mulut mengenai Haikal.
Dua hari berlalu..
Syikin masih mengadap komputer ribanya. Wajah Haikal menyapa pandangannya. Pantas dia mengklik pada tetikus untuk melihat komen Haikal. ‘Amboi, mesra riang suka suki je dia ye..dengan aku jangankan komen, like pun jarang..dengan perempuan lain, bukan main lagi ko ye..takpela aku kan tak penting..’
“Hai, mengadap wajah BF ke?” sapaan Maria mengejutkan Syikin. Syikin menayang senyuman hambar.
“BF mende. Kawan je pun. Kalau BF aku, memang dah lama aku ceraikan dia. Dengan aku takde nak layan macam ni dalam FB. Like pun dah jarang. Kau dari mana ni? Jumpa Amir lagi ke?” Laman sosial yang dilayari telah ditutup. Malas, membosankan dan menyakitkan hati. Erghhhh!!!
“Takde lah. Aku jumpa Sue. Guess what??” Maria berteka teki. Wajahnya yang penuh misteri ditayang agar Syikin semangat ingin menjawab teka tekinya.
“But, kau jangan jealous eh..” Syikin mencebik.
“Tak kuasa aku nak jealous! Jangan cakap Haikal dengan dia tengah date.” Syikin meneka. Maria terpana.
“Marvellous! Macam mana kau tahu?” Kali ini Syikin pula yang terpana. ‘What?? Huh! Cakap tak suka, keluar juga dengan minah tu.’ Syikin merungut-rungut di dalam hati. Dia mengeluh lemah.
“Dahla Ya. Dah dia anggap aku kawan je takkan aku nak anggap lebih-lebih pulakan? Aku je yang perasan sorang-sorang..” Syikin bangkit dari kerusi. Dicapai tudung dan cardigan lalu menapak keluar.
“Kin, kau jangan mengamuk kat kafe sudah!” Maria sekadar sempat mengeluarkan kata-kata itu sebelum bayang Syikin menghilang di koridor bilik mereka.
‘Cerianya kau, Haikal. Dengan aku cakap tak suka dengan si Sue tu. Baguslah tu ye. Rasa nak gelak je dengan kebodohan aku pergi percaya dengan mamat ni.’ Langkah diatur mendekati pasangan yang tengah bergelak sakan. Pasangan yang sedang hangat bergelak ketawa itu terhenti apabila langkahnya mendekati. Syikin sekadar melalui melepasi meja yang diduduki Haikal dan Suzana.
“Nak beli makanan ke?” tegur Haikal. Suzana di sebelah tersenyum. Syikin berpaling. Naik menyampah pula dia dengan lelaki yang bertakhta di hatinya itu.
“Taklah nak tolong abang tu menjual. Kenapa? Nak tolong menjual juga ke?” Tahap kegeraman di tahap lapan. Agak-agak lahar di dalam hati bila-bila akan meletus keluar jika silap dikawal. Haikal tersenyum apabila disindir. Suzana sudah ketawa kecil.
“Orang tanya elok-elok.”
“Kau tak nampak aku tengah jalan nak pergi beli makanan ke? Bila masa pula aku pergi tolong berniaga dengan Uncle Mat tu. And, aku jawab elok-elok lah ni. Kau nak aku jawab macam mana lagi?? Sudahlah, dari layan kau, baik aku isi perut aku lagi baik dari bertekak dengan kau!” Langkah kembali diatur ke kafe.
Nasi lauk ayam masak merah dengan telur masin setengah biji dan air bandung ditatang dengan tray sebelum terhenti di tengah jalan. Haikal memandang lembut pada wajah Syikin. Dia menggamit gadis itu agar duduk bersamanya. Kelibat Suzana entah hilang ke mana. Syikin melencong kakinya dari meja yang diduduki Haikal. Lantas duduk membelakangi Haikal. ‘Hangin dah minah ni!’Haikal tersenyum dalam hati.
“Kenapa makan sorang-sorang..??” kerusi di sebelah Syikin ditarik. Syikin yang sedang menyuap nasi terhenti lagi.
“Bukan kena share perut dengan siapa-siapa pun.” Nasi disuap ke mulut. Laju je dia mengunyah nasi sebelum menyuap nasi buat ke sekian kalinya. Lemah Haikal mengeluh.
“Kau ni kenapa? Marah aku ke?”soal Haikal. Dia menongkat dagu memandang Syikin di sebelah. Bukan dia tidak mahu duduk di hadapan gadis itu agar dia lebih mudah berkomunikasi, namun, bila teringatkan tabiat Syikin yang satu itu, terpaksa dia duduk di sebelah. Syikin ni tidak selesa jika makan berdepan dengan lelaki. Tidak tertelan nasi katanya. Sakit tengkuk pun tidak dihiraukan bila gadis di hadapannya itu sedang marahkannya.
“Kal, dari kau bercakap dengan aku, baik kau pergi cari Sue. Borak dengan dia lagi best dari borak dengan aku ni,”dia mengunyah perlahan nasi yang ada di dalam mulutnya. Kunyahan terakhir sebelum disedut air bandung. Wajah bersalah Haikal tidak dipandang.
“Aku tau,kau tengah hot dengan aku kan? Ce citer..ce citer..”Ceria Haikal mengusik Syikin. Lain pula dengan Syikin. Dia menjeling marah sebelum bangun untuk membasuh tangan.
“Inche Haikal, baik kau jauh-jauh dari aku sebelum aku ‘makan’ kau!” Laju je Syikin melangkah meninggalkan Haikal. Sepantas itu juga Haikal mengejar.
“Kin, kalau aku salah, aku minta maaflah. Aku malas nak gaduh-gaduh dengan kau.” Dia memandang Syikin penuh berharap agar kesilapan yang tidak diketahuinya itu dimaafkan Syikin, teman baiknya.
“Erm, ye la. Okeylah, aku nak naik. Kirim salam kat Arisa Carlina kau tu,”ujar Syikin sebelum membuka langkah.
Arisa Carlina. Ingat aku tak tau ke kau mengayat minah tu. Jangan ingat aku tak reti dengan perasaan perempuan ni. Minah tu pula siap letak nama ‘Carl’ singkatan nama Haikal plus letak profile picture sebijik macam dengan Haikal tu. Arghhhh!!! Aku tension! Aku pun dia tak letak macam tu. Cuma hari itu ada dia letak gambar yang aku snap masa keluar dengan dia dulu. Sebab aku pun letak profile picture yang dia snap. Bila dah lama dia pun tukar gambar lain. Sedih tau! Wheyyo?? Nande?? Wheishema?? Why? Kenapa dia langsung tak nampak aku suka dia??
*********************************************************************
‘Aku tengah dengar lagu kau nih..Look Only At Me. Jom layan!!’
Syikin merenung C3nya. Mulut mencebik. Namun, tetingkap GOM Player diklik sebelum lagu Special nyanyian kumpulan B2ST bertukar kepada lagu Look Only At Me nyanyian solo SOL atau Tae Yang, ahli kumpulan Big Bang, band yang Syikin dan Haikal minat. Itupun puas dipromosi tentang band yang datang dari Korea itu. Hampir kesemua lagu menjadi kegemaran mereka berdua.
Teringat pada ketika mereka keluar bersama..
“Kau nak tengok wayang ke?”soal Haikal. Syikin di sebelah ralit memerhati poster-poster filem-filem yang ditayangkan di luar pawagam.
“Kau nak tengok cerita apa?”Haikal menyoal lagi. Mamat ni memang banyak mulut. Syikin mengangkat bahu.
“Kau pun tahu kan, aku suka apa. Aku pun tau kau tak suka cerita apa. So, dalam banyak-banyak cerita ni, takde satu pun cerita taste kita. Jom blah!” Syikin mengajak. Haikal turut menyaingi Syikin.
“Wahhh..ada salelah. Jom usha!” Haikal pantas menuju ke arah kedai pakaian. Syikin hanya tergelak kecil melihat keghairahan rakannya itu dengan perkataan ‘sale’. Baju yang tergantung diacu ke badan sebelum menayang kepada Syikin.
“Okey tak?” Syikin mencebik.
“Yang ni?” Geleng.
“Haa..ni pulak?” Sorang menjuih, sorang mengeluh.
“Malas betul kalau aku keluar dengan kau! Bukan nak bagi pendapat!” Haikal sudah tidak tahan sabar. Dia meletakkan kembali t-shirt yang dipilihnya tadi. Muka cemberut ditayang. Dia menapak pula ke arah deretan sandal.
“Ala, kira okeylah kau bawa aku. Jimat sikit duit kau. Kalau aku takde, confirmlah, semua kau nak beli.” Syikin menayang sengih. Dia membontoti langkah Haikal.
“Eleh, jimat apa..?? Makan pun aku yang kena belanja! Kau tu kuat makan!” tempelak Haikal. Sengih Syikin makin melebar. Namun, termati apabila matanya menangkap kelibat seseorang. Haikal yang ketika itu memandang Syikin, turut berpaling untuk melihat penyebab senyuman Syikin terpadam.
“Wardah.” Perlahan suara Haikal menuturkan sebaris nama tersebut. Hampir tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga Syikin.
Syikin terkedu melihat wajah suram Haikal. Wardah. Ex-Haikal. Outing dengan rakan-rakan perempuannya yang lain. Perasaan cemburu dan sebak mula menguasai di dalam jiwa Syikin. Betullah, dia masih tidak dapat melupakan gadis itu.
“Aku nak balik, jom.”Haikal mengajak. Senyuman plastik ditampal. Dia keluar dari premis tersebut. Menapak menuju ke pintu keluar kompleks membeli belah tersebut. Syikin menjeling jam di bawah lengan t-shirt. Setengah jam je! Baru ingat nak spend lama-lama dengan Haikal kat sini. Dia mengeluh perlahan di belakang Haikal yang berjalan mendahului. Kecewa!
Air mata yang membasahi pipi, dikesat perlahan dengan belakang tangan. Syikin mengalah! Biarlah dia dengan hidup dia. Aku dengan hidup aku.. andai ini takdirnya, aku pasrah.
**********************************************************************
Kad sim dimasukkan ke dalam telefon. Dia tersenyum hambar. ‘Akhirnya, aku ada kekuatan untuk melakukan semua ni.’bisik hati Syikin. Dia melangkah menuju ke terminal bas Puduraya dengan azam baru. Mesej dihantar kepada Maria menyatakan nombor telefon yang baru dibelinya. Pulangnya kali ini selepas tiga tahun melanjutkan pelajaran. Tiada lagi kuliah, tiada lagi tutorial dan tiada lagi..Haikal. Biarlah Haikal tidak tahu nombor barunya.
“Kau nekad ke?” Soalan Maria sekadar dijawab dengan perkataan ‘ya’. Perpisahan mereka kali ini biarlah hanya dia yang terasa sakitnya. Kerana dia tahu Haikal hanya akan rasa kesakitan itu sekejap sahaja. Dia tahu dan telah lama tahu Haikal hanya menganggapnya sahabat semata-mata. Tidak lebih dan tidak kurang.
Dan lebih tiga tahun berlalu…
Syikin menengadah kaki langit. Cukup indah permandangan di sini. Dia berpaling. Wajah Iman, sahabatnya tenang melihat awan-awan berarak di dada langit.
“Best kan, jadi burung tu..??” soal Iman. Syikin turut melepas pandang pada sekawan burung yang terbang bebas.
“Apa yang best?” soalnya kembali. Terimbau kembali kenangan lalu.
‘Please, lepaskan aku. Dah kau anggap aku kawan baik kau je, aku tak nak menaruh sebarang harapan pada kau lagi. Please, lepaskan aku, Kal. Aku merayu sangat-sangat pada kau. Jangan contact aku lagi, jangan call atau sms aku.’ Mesej itu laju ditaip ketika dia sedang berchatting dengan Haikal di laman sosial.
‘Syikin, kau janganlah macam ni. Kau buat aku serba salahlah..Aku minta maaf banyak-banyak pada kau. Aku tak nak gaduh dengan kau!’ Haikal pula membalas.
‘Haikal, kau dengan aku hanya kawan baik. Cukuplah aku terseksa selama ni. Please, aku tak cukup kuat lagi. Aku dah penat nak menangis.’
‘Aku tak berniat pun nak main-mainkan perasaan kau.’
Syikin menarik nafas panjang. Berbalah mengenai hubungannya dengan Haikal seringkali tidak akan menemui jalan penyelesaian. Masing-masing menegakkan pendapat yang selalunya bercanggah. Haikal tidak lagi menulis namun warna hijau di tepi gambar profilnya menandakan dia masih online.
‘Aku yang bodoh sebab sukakan kau, aku yang bodoh sebab tunggu kau padahal kau tak pernah anggap aku lebih dari kawan. Aku minta maaf.’
Syikin menunggu balasan dari Haikal. Detik demi detik berlalu. Syikin masih setia menunggu balasan daripada Haikal. Dari lima minit kepada sepuluh minit. Akhirnya setelah dua puluh minit menunggu, Haikal tiba-tiba offline. Syikin terkedu. Dia tersandar lemah. Betullah, dia seorang yang tergila-gilakan Haikal. Padahal lelaki itu memang terang-terangan tidak sukakannya seperti mana dirinya.
Syikin hampir ingin menekan tetikus pada tetingkap Facebook sebelum dia ternampak mesej yang ditinggalkan Haikal.
‘Kau jangan jadi macam ni sebab aku..’ Pantas Syikin menekan deactivate account sebelum sempat Haikal menulis ayatnya yang lain. Sungguh, Syikin sudah tidak mampu untuk membacanya lagi. Mungkin ini lebih baik. Maka, sejak itu, dia telah terputus hubungan dengan Haikal dan hubungan itu terus terputus selepas dia membuang kad sim lamanya. Tiada lagi lelaki yang bernama Haikal di dalam hidupnya.
Syikin berpaling ke sisi. Wajah tenang Iman di sebelah mencemburuinya. Wajah itu sangat tenang walaupun pelbagai dugaan yang dihadapinya. Wajah itu juga tidak sedikit pun terjejas meskipun tunangnya melarikan diri ke luar negara sehari sebelum majlis perkahwinan mereka. Jawapannya mudah, dia redha dengan apa yang berlaku.
“Iman, aku jealous dengan kau!” perlahan ayat itu keluar dari bibir Syikin. Namun dapat didengari oleh Iman. Dia tersenyum manis. Menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.
“Kenapa?” Senyuman masih tidak lekang di bibirnya.
“Kau sangat tenang walaupun kau tengah berada pada keadaan yang mana kalau orang lain mesti tak dapat nak menghadapinya. Kalau aku ada tempat kau pun, mungkin aku tak mampu.”
“Kin, kau mungkin lupa. Allah sentiasa ada bersama hamba-hambanya yang bersabar dan bertabah di dalam dugaan dan ujian yang diberiNya. Ada ganjaran di sebalik ujian yang diberi. Ada hikmah yang cuba Dia sampaikan kepada kita. Kadang-kadang kita lupa, kita lalai dengan dunia. Kau nak tahu, macam mana Allah sampaikan kasih sayangNya melalui ujian dan dugaan tu?”
Syikin sekadar membisu. Memberi ruang untuk Iman mengatur bicara.
“Allah sayang pada kita, sebab tu Dia tak nak kita terlalu hanyut dengan dunia. Dia uji kita dengan macam-macam ujian supaya kita tabah, bersabar, sentiasa bergantung harap pada Dia, bukan bergantung pada hambaNya. Kalau dulu, apa-apa masalah, mesti kau mengadu pada lelaki yang kau tak dapat lupa tu kan?”
Syikin tersenyum hambar. Ada benarnya kata-kata Iman. Apa-apa masalah, dia sering mencari Haikal, dengan harapan, dia kembali memulihkan semangatnya. Dia sering lupa pada yang Esa. Lupa untuk bergantung harap pada Allah, sebaik-baik tempat bergantung. Sungguh! Dia Lupa!
“Allah sayang pada kau, sebab tu dia tak nak kau bertambah-tambah dosa bermesej, berhubung dengan lelaki bukan muhrim kau. Allah sayang kau sebab tu Dia bagi ujian tu. Jangan cepat mengalah, Syikin. Ingat, Allah takkan sesekali membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Pegang ini je sebagai prinsip kau, insyaAllah, kau akan sentiasa redha dengan segala ujian dan dugaan yang Allah beri. Kejap,” Iman menyeluk begnya. Dia cuba mengeluarkan sesuatu. Syikin menanti dengan penuh minat. Matanya turut menyoroti setiap gerak geri Iman.
“Lahhhhh..handset rupanya!” Syikin dan Iman tergelak-gelak. Iman sibuk mencari sesuatu di dalam telefon bimbitnya. Setelah dijumpainya, dia menyerahkan kepada Syikin.
‘Allah menguji keikhlasan hati bila bersendirian..
Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah
Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan
Allah tak pernah mengambil sesutu yang kita sayang kecuali
dengan menggantikannya dengan yang lebih baik dari yang disayang.’
Bergenang air jernih di tubir mata Syikin, terharu dengan ayat ringkas yang cuba disampaikan Iman. Dia menoleh ke arah Iman yang telah pun berdiri.
“Sungguhlah, aku jealous dengan kau! Kau baik sangat!” Syikin bingkas bangun lalu memeluk sahabatnya. Ukhuwah yang dibina terasa manisnya apabila ianya bersandarkan pada iman dan juga pada Dia, khaliq semesta alam. Iman sekadar membalas pelukan sebelum berbisik,
“Syikin, aku nak kau bangkit semula, aku tak nak kau tak ada semangat. Aku sentiasa ada di sisi kau selain Dia! InsyaAllah,selagi hayat dikandung badan.”
Syikin mengangguk sebelum dia mendengar Iman menyambung ayatnya, “Sekira nama Haikal tercatat di Luh Mahfuz sebagai jodoh kau, insyaAllah, dia akan kembali pada kau. Sekiranya dia bukan jodoh kau, mungkin Allah mengaturkan lelaki yang lebih baik untuk kau. Ingatlah, janji Allah itu benar.”
‘Semoga aku terus bertabah di dalam menjalani ujian duniawi. Amin.’ Doa Syikin di dalam hati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan