“Mohamad Daud Ilhamie..!!”nada suaraku naik seoktaf.
“Nadira Ayuni..!!!!”aku terkedu mendengar suara itu berganda-ganda oktaf dari aku. Tersentak kanak-kanak lelaki di hadapanku. Mainan di tangan, terlepas. Sekelip mata, dia berlari dan memelukku. ‘Tu dia, bila baba marah, terus senyap. Kalau ummi dia marah, wat dek je.. bertuah punya budak..!’
Aku mengalih badan. Bercekak pinggang. Mata aku dengan lelaki yang nadanya tinggi tadi saling bertatapan, mengeluarkan aura berbara masing-masing. Tidak puas di antara satu sama lain. Aku betul-betul tidak puas hati betul dengan mamat di depan aku ni. Pertama, sebab mengejutkan aku dengan suara dia yang tak merdu langsung. Kedua, masuk rumah, tak bagi salam. Pantang aku kalau masuk rumah, tak bagi salam. Apa?? Ingat rumah ni hotel ke? Masuk, keluar suka-suki tak bagi salam. Ketiga, aku tak suka bau orang merokok ni. Entah berapa kilo rokok entah, dia hisap sampai hidung aku ni dah tak tahan dengan bau tu. I HATE SMOKER..!! Keempat..wah, banyak giler kesalahannya..huhuhu..memang banyak pun. Aku paling pantang orang tinggikan suara ni. Especially depan budak kecik ni.
Bunyi mainan terjatuh membuatkan aku dan mamat tadi, berpaling ke arah itu. Entah bila Ilhamie melepaskan pautan tangannya pada kaki aku,aku tidak tahu. Sedar-sedar mainan yang bersepah tadi dah kembali di dalam bakul yang menempatkan mainannya. Tanpa berlengah, kanak-kanak itu mencempung bakul tersebut lalu langkahnya mencicit menghala ke biliknya yang bersebelahan tangga. Ketawa yang ingin meletus, dibiarkan mati di hujung bibir. Suasana masih lagi tegang. Aku kembali menala pandangan pada wajah mamat tadi. Senyuman yang berbunga di bibirnya turut mati pabila dia menyedari aku merenungnya.
“Kenapa awak ni? Tak boleh ajar anak elok-elok sikit ke? Sikit-sikit nak tinggikan suara tu. Macam tu ke nak ajar anak-anak?”soalan demi soalan terpacul keluar dari bibir itu. Aku mencebik. Aku ternampak sekilas Ilhamie sedang mengendap dari dalam biliknya. Ish, budak ni. Jangan tengok orang tua-tua gaduh.
“Shut your door, Ilhamie. Or else, no KFC for this month!” Ugut aku sambil mataku menala pada pintu yang sedikit terbuka itu. Pantas pintu itu ditutup. Ngee~ ugut tak makan KFC, laju je mendengar kata. Bukan payah pun nak pujuk kanak-kanak 4 tahun itu.
Mamat di depan aku hanya menggeleng. Dia melangkah longlai menuju ke tangga. “La, kita tak habis discuss lagi.”ujarku. Aku tersengih di dalam hati. Kalau macam ni gayanya, memang dia sudah mengalah. Hahahahaha..yeehaaa..aku menang lagi..!!
“Malas nak bertekak dengan orang yang tak makan saman macam awak.” Sahutnya dari atas tangga.
“Memanglah, Ayu makan nasi. Bukan makan saman. Apalah..konon master holder. Benda remeh pun..”
“Can you shut your mouth for a nano-second?” Dia memintas percakapanku. Terkaku sekejap aku di belakangnya yang dari tadi mengekorinya. Aku mencebik. Tu tandanya, dia AMATLAH letih. Itu yang aku belajar sejak tiga tahun memegang status isteri kepadanya. Isteri kepada Mohd Helmi. Ermm..isteri ekspress yang memang terpaksa kahwin dengannya sebab aku ni memang tak laku-laku.
Itu kerja mak dan bapa aku yang paksa memaksa aku berkahwin dengannya. Pulak tu, parents aku dengan parents dia dah berpakat dari awal. Perghh..time tu memang aku superpower marahkan mereka-mereka tersebut. Mamat itu a.k.a suamiku itu turut bengang dengan rancangan ibu dan ayahnya. Tapi, nak buat macam mana. Masing-masing bimbang dengan anak-anak mereka yang tak laku-laku (bukan tak laku, tapi tak mau fikir pasal kahwin lagi), sibuk je rangka plan sehingga kami ternikah. Ermm..tapi tulah..Puas sudah aku berbaik dengan mamat ni. Tapi mamat ni macam tak da perasaan je nak terima aku. Tiga tahun beb. Sapa tak sayang laki?? Sedih. Dah lah aku dapat anak ekspress jugak. Tu, budak kecik yang kena tengking dengan aku, dan aku pulak kena super tengking dari babanya tu adalah anak kepada Mohd Helmi.
Aku dipaksa kahwin dengan duda ke?? Itu ayat pertama keluar selepas aku melihat ada budak yang berumur setahun lebih di pangkuan suamiku selepas sah akad nikah. Perghh..dah sah jadi isteri kepada lelaki yang berumur 30 tahun itu baru tau yang dia ni rupanya duda. Adoiiiiii..aku yang berumur 28 tahun hanya menahan kecewa di dalam hati. Sah-sahlah mamat ni takkan ada perasaan kat aku. Mesti setia dengan bekas isterinya. Malam tu baru aku tau yang dia bukan seorang duda. Anak teruna beb. Lepasan master dalam bidang engineering. Laki aku engineer berjaya beb. Sapa tak bangga..!! Anak yang dipangku tengahari tadi memang anak dia. Eh, tadi kata anak teruna..macam mana boleh ada anak?? Confius?? Hahaha..memang anak. Anak buah. Anak buahnya itu dijaga selepas tiga bulan abang dan kakak kandung meninggal dunia kerana kemalangan. Kiranya itu anak aku dengan dia jugalah. Huhu..mula-mula kekok jugaklah nak menjaga Ilhamie ni sebab aku tak ada adik. Anak sedara lagilah tak ada.
“Nak makan. Awak dah masak?”perlahan suaranya bertanya. Tersedar aku dari lamunan. Ceh, bila masa aku dah dok landing atas katil ni? Mamat tu tadi yang masih berkemeja, sudah bertukar t-shirt dan berpelekat. Rambutnya basah. Perghhh..lamanya aku mengelamun sampai dia sudah mandi.
“Huh?”Asal pulak otak ni blur? Dia tersengih. Adoi, bini aku ni la. Dah umur 30 lebih tapi perangai budak-budak masih ada lagi.
“Jangan cakap yang awak tak..”
“Eh, jangan pandang Ayu sebelah mata ye cik abang. Semua dah siap, tunggu dia je. Sampai Maghrib tak balik-balik lagi.”
“Jom makan.”
*****************************************************************
Aku selalu berangan. Lepas kahwin aku nak jalan-jalan dengan laki aku. Pegang-pegang tangan, boleh peluk-peluk. Hurmm..satu keluhan dilepaskan. Aku melonggarkan pelukan. Ilhamie di sebelah dipandang. Lena sungguh kanak-kanak ini. Ada anak secomel Imi. Mengeluh lagi. Mata terasa berat dengan cecair jernih. Pejam. Cecair tadi laju menuruni pipi. Kenapa nasib aku begini? Ada suami tapi dilayan macam kawan. Tak ubah seperti roomate perempuan lain. Jika disentuh, dibelai, tiada perasaan. Bukan dia yang menganggap Helmi sebegini, tetapi Helmi yang melayannya seperti seorang housemate meliputi roomate yang menjaga seorang anaknya.
Akan ada lagikah bahagia untukku?
Aku mengesat air mata. Dahi Ilhamie dikucup. “Lenalah tidur anak ummi. Ummi sayang Imi.” Pipi Ilhamie pula sasaran bibirku. Ilhamie bergerak-gerak sedikit. Mungkin lenanya diganggu oleh kucupanku. Lampu bilik dipadam lalu aku melangkah longlai ke pintu. Sekali lagi aku berpaling. ‘Imi, kalau ummi tiada, Imi akan rindu ummi tak?’
Bulan penuh megah terlayar di dada langit. Aku mendongak. Memandang penuh khusyuk. Namun, ingatan aku kembali pada dua tahun lepas pada hari ulang tahun perkahwinanku.
Kek di atas meja sudah tersedia. Lilin pula memang sedia terpacak di atas kek chocolate mousse yang aku sendiri bakar. Terer tak terer, aku main taram je bahan-bahan sebab aku dah lama tak bake kek sebegini. Ilhamie yang duduk di kaunter sengih dari tadi. Ada spageti, chicken chop, dan macam-macam lagi. Sengaja aku mengambil cuti. Lepas tu, masak puas-puas. Ilhamie dari tadi memang tidak berganjak dari sisiku. Dia tukang merasa masakan aku. Konon-konon chef la dia tu. Hahaha..
“Imie, tepon baba sekarang.”arahku sementara aku menghidang semua makanan tadi di atas meja makan. Pantas dia berlari menuju ke ruang tamu mendapatkan telefon.
“Dah telefon?”soalku. Budak ni entah tahu tekan nombor ke entah. Hari tu, memang aku mengajar dia menekan punat telefon.
“Dah.” Sambil mengangguk. Tersenyum melihat keletahnya. Aku menoleh melihat jam. 8.00 malam. ‘Alamak, maghrib belum lagi. Kejap lagi mesti dia balik. Sempat tak ni ye?’
“Imie, jom ikut ummi mandi. Kejap lagi baba balik.”
Ilhamie sudah terlentok di atas sofa. Aku menjeling ke arah jam. Pukul 11 malam. Makanan masih di atas meja. Bermakna Helmi tidak balik lagi. Akhirnya aku jua terlelap. Sedar-sedar je mata aku melekap pada jam di dinding. Ilhamie dipandang dengan pandangan berat. ‘Lupakah dia? Padahal tadi Imie ada telefon..?’
Aku menggendong tubuh Ilhamie masuk ke dalam bilik. Dahi diusap sebelum dicium. Satu keluhan dilepaskan. Tahun lepas pun macam tu jugak. Takkan tahun ni pun macam ni jugak. Langkah diatur lemah menuju ke meja makan. Lilin dicabut dengan perasaan berbaur. Lepas mengemas, aku melangkah ke bilik. Yang pastinya, aku tidak dapat melelapkan mata. Esoknya dia pulang dengan muka tidak bersalah. Urghhhh~
Hari ini jua hari ulangtahun perkahwinan kali ketiga tapi aku tidak menyediakan apa-apa. Memang patut pun aku tidak sediakan apa-apa, sampai sekarang pun dia tak balik lagi. Aku pun tak tahu nak buat apa lagi dah. Bila difikir-fikir balik, dia macam sengaja mengelakkan diri dari mengingati tarikh ini. Menengadah kembali pada langit cerah. ‘Helmi, susah sangat ke kau nak menerima diriku?’
*****************************************************************
“Mie, kau tak balik lagi ke?” Helmi sekadar menggeleng. Wajah si rakan dipandang. Senyuman hambar dihadiahkan.
“Aku tengok kau macam tak happy je. Dah lama aku perhatikan. Sejak kau kahwin, sampai dah tiga tahun, muka macam ni lah kau tayangkan. Berbeza sebelum kau kahwin. Nak share dengan aku ke?” Zaidi memancing perhatian si sahabat.
“Ketara sangat ke?” Dia membetulkan kerusi. Tangan diangkat lalu mendarat di atas dahi.
“Aku sebenarnya menyesal dengan perkahwinan ni.” Zaidi tersentak dengan kenyataan yang keluar dari mulut Helmi. Biar betul dia ni..??
“Teruskan.”
“Aku tak tahu. Aku hanya anggap dia sebagai kawan je. Tak lebih.”
“Buruk sangat ke perangai dia tu?”
“Dia baik. Pandai masak. Pandai jaga anak. Ilhamie memang suka dia. Tapi..”
Zaidi menjungkit kening bertanya.
“Tapi aku tak ada perasaan pada dia. Aku rasa nak lepaskan dia. Tiga tahun pun masih belum ada perasaan tu.”
“Kau tak try pupuk perasaan tu kot?” Zaidi menongkat dagu. Matanya tepat pada wajah Helmi.
“Aku dah try. Sebab tu aku bertahan sampai tiga tahun ni.” Terimbas kembali sehari selepas hari ulangtahun perkahwinannya tahun lepas.
Ilhamie menempek di sebelahnya sambil memuncung. Wajah comel anak saudara yang dibelanya ditatap.
“Ba,napa tak alik semalam?”tanya si kecil dengan pelat kanak-kanak. Tangannya menarik piring kek di atas meja.
“Ummi buat kek. Cedap ooo..tapi ba tak alik. Cian ummi wat sume.”
“Imi tunggu sampai pukul berapa?” Jari kecil itu menunjukkan pukul 10 malam. Tu si kecil tunggu sampai pukul 10. Si perempuan tu pulak? Matanya menjeling wajah si isteri yang sibuk menghidang makan malam. Satu keluhan dilepaskan.
“Baba sibuk sayang.” Matanya menangkap pandangan si isteri. Dia menelan liur. Senyuman plastik menyapa matanya. Dia turut menarik senyum. Mengaburi gugup di hati yang bertandang tiba-tiba.
“Aku nak baliklah.” Kerusi ditolak kasar. Zaidi yang duduk hampir terbalik dari kerusi dek kejutan tersebut. Kuss~ gila apa mamat ni!!
*****************************************************************
Dia menapak perlahan menuju ke meja makan. Kosong. Dia menapak pula ke peti sejuk. Tetap tiada benda yang dicari. Langkah kaki diatur menuju ke bilik. Tetap kosong. ‘Aik, hilang mana pulak Ayu ni? Bilik Imi kot.’ Desiran angin malam yang menyapa membuatkan matanya terpaku di balkoni. ‘Aiyaa, malam-malam suka buka tingkap. Sejuk der..~’
Terkedu seketika pabila sesusuk tubuh menyapa pandangan. Lena. Dia menarik nafas yang tiba-tiba semput. Dia melangkah merapati. Ingin dikejutkan si isteri yang lena. ‘Isteri?’ Dia menelan liur.
Telefon bimbit yang setia di dalam genggaman Ayuni ditarik perlahan. Jarinya tertekan pada kekunci telefon milik Ayuni. Lampu skrin menyala terang. Matanya menangkap gambar skrin yang menjadi wallpaper. Retina mata membesar. Wajah lena itu dipandang silih berganti dengan gambar wallpaper itu. Tidak percaya! Wajahnya terlayar di skrin telefon bimbit itu!
Dia menapak perlahan merapati Ayuni. Dia mencangkung di hadapan wajah lena itu. Basah! Malah masih ada air meleleh di pipi. Helmi menelan liur sekali lagi. ‘Ya Allah, apa aku dah buat padanya?’ Terasa ingin mengesat air mata itu.
Tiba-tiba tangannya bergetar. Telefon Ayuni di tangan dipandang. Incoming call from Zikri. ‘Siapa Zikri?’ Ringan jarinya menekan punat hijau. Teragak-agak dia meletakkan gajet itu di telinganya.
“Mamat tu tak balik jugak ke? Kan aku dah cakap, kau degil. Dia takkan balik punya. Lelaki jenis tu, aku dah boleh jangka mcam mana dia. Kau..kau minta cerai je dengan dia. Dari dia wat macam kau tak de, baik kau fikirkan cara aku ni.” Suara Zikri yang entah-siapa-entah itu masih mengomel tanpa sedar bukan Ayuni yang menjawab panggilannya. Punat merah ditekan lama bagi melumpuhkan fungsi. Telefon diletakkan kembali di genggaman tuan badan.
Dia berpatah semula ke dalam bilik mengambil selimut. Dengan kadar segera dia menyelimuti Ayuni. Dia tersenyum hambar. Dan dia kembali melangkah ke kamar dan merebahkan dirinya di atas katil.
*****************************************************************
Ilhamie dipimpin dengan wajah ceria. Terhayun-hayun genggaman erat tangan antara Ayuni dan Ilhamie. Kaki turut laju dihayun seiring langkah si kecil. Helmi tersenyum suka. Ayuni memang suka budak-budak sampai dia terikut-ikut sekali karakter Ilhamie yang tak matang itu. Tergeleng-geleng, tergelak-gelak, semua perwatakan Ayuni yang ceria itu diperhatikan. Cuba memberi peluang kepada hati supaya membuka hatinya untuk si isteri.
“Umi, Imie nak es krem.”pinta si kecil manja. Ayuni tersengih. Dia mengunjukkan pipinya. ‘Upah’ dia berbisik. Pantas bibir mungil Ilhamie hinggap di situ. Ayuni tersengih suka. Wallaa~ ada lesung pipit! Helmi terpana. Kakinya melekat di atas rumput taman itu. Dia terpegun. Cantiknyaaaa~ Dek terleka dengan khayalan, dia hampir tersungkur selepas seseorang mendorongnya ke hadapan.
“Sorry.” Lelaki tadi cepat-cepat melangkah selepas mengucapkan maaf pada Helmi. Helmi sekadar tersenyum memaafkan. Ayuni dan Ilhamie tiada di hadapannya lagi. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Penat melayan kerenah Ilhamie yang mengerah tenaga. Puas mengejar kanak-kanak itu seorang. Nasib taman ni tak luas mana, kalau tak, habis satu taman ni dia nak tawaf. Yang si Ayuni tu tak penat ke layan dia? Aduh, naik semput!
“Baba..baba..”ha..sudah..mai dahhhh~ Dalam keterpaksaan, dia mengadap Ilhamie. Ilhamie mengunjuk sebatang ais krim vanilla. Vanilla? My favourite! Haha..selepas Helmi menarik ais krim dari tangan kecil itu, langkah kaki si kecil itu kembali berlari ke buaian berdekatan. Ayuni yang berada di buaian sebelah lagi melemparkan senyuman. Senyuman hambar. Kemudian, dia melayan keletah Ilhamie.
Sejak dua menjak ini, Ayuni semacam je dengan dia. Tiada lagi kata-kata bak bertih jagung menceritakan pelbagai cerita masa makan, masa lepak-lepak depan tv, dan juga di dalam bilik. Dia perasan situasi itu. Cuma dia tidak ada kekuatan untuk bertanya lanjut. Bimbang ianya berpunca dari dia. Ayuni selesa mengunci mulut walaupun dia balik lewat malam. Sengaja dia pulang lewat. Berharap Ayuni membebel macam dulu. Namun sebaliknya berlaku. Kepulangannya tetap disambut, tetapi tiada sebarang perkataan keluar dari bibirnya. Pelik. Semuanya selepas anniversary mereka. Dia mengeluh. Ais krim vanilla yang meleleh segera dimakan.
*****************************************************************
Kemeja dihampar di atas iron board. Laju seterika digerak-gerak sebelum permukaan besi itu mencecah kemeja ungu lembut itu. Ilhamie sudah menghilang selepas bertenggek di atas bangku kecil. Mungkin join dengan babanya menonton televisyen. Ermmm..encik Helmi si engineer berjaya itu sekarang dah tak pulang lewat dah. Lepas waktu pejabat, dah terpacak depan pintu rumah. Hairan jugak awalnya, tetapi sekarang aku dah buat tak endah. Lantak dialah. Tiga tahun aku bertahan. Sekarang dah tak rasa apa-apa. Entahlah..mungkin dah terasa ianya bagai hambar.
Ayuni mengambil penyangkut sebelum menyangkut kemeja yang telah siap diseterika itu. Seluar slack hitam pula diambil lalu diseterika. Baju kurung dan tudung masih belum diseterika. Utamakan suami. Hailaaa~ bila aku nak ada laki betul-betul ni?? Terasa air bergenang di mata.
Dia berkalih untuk menyangkut seluar slack. Air mata yang bergenang meluncur laju pabila matanya terpandang sesusuk tubuh yang entah bila berada di belakangnya. Ilhamie yang di atas dukungan meronta ingin turun dari dakapan babanya. Air mata segera dikesat sebelum si kecil sempat bertanya. Namun ianya sempat ditangkap oleh mata Helmi.
Helmi tersentuh. Parah luka di hati milik si isteri. Menangis senyap-senyap. Sembunyi-sembunyi. Hatinya turut terasa peritnya. Ilhamie pantas mendongak. “Umi, ada habuk ke kat seluar baba?” Spontan ketawa meletus di bibir Ayuni. Suis seterika ditutup.
“Ha’ah, banyak.” Ayuni tersenyum sebelum menyambung. “Jom, umi temankan Imie tidur. Dah lewat ni. Jom.” Dia mengerling sesaat ke wajah Helmi sebelum melangkah meninggalkannya di ruangan itu. Helmi hanya memandang. Dia turut melangkah. Namun langkahnya menghala ke pintu hadapan. Kunci kereta yang tergantung, diambil.
Bunyi deruman kereta menyentap tangkai hati Ayuni. Bacaan terhenti seketika. Dia memandang wajah Ilhamie. Lena. Bedtime stories tidak diteruskan. Laju tangannya menekan suis lampu tidur. Dia mengucup dahi anak buahnya sebelum keluar.
Dia pantas berlari menutup pintu bilik. Terasa air matanya laju menuruni pipi. Esakan semakin menjadi-jadi. Entah kenapa hatinya terasa sayu tatkala mendengar deruman kereta Helmi menyapa pendengarannya tadi. Seolah-olah Helmi tidak memerlukannya lagi. Seolah-olah hubungan ini sudah berada di penghujungnya. Kepada siapakah dia ingin mengadu? Zikri, paksu yang sebaya dengannya? Tidak! Dia tahu paksunya tidak sukakan Helmi. Ilhamie? Budak mentah itu hanya tahu tersengih dan bergurau sahaja.
Tangisan reda. Dia menarik nafas panjang. Lari? Ingat cerita novel ke nak lari-lari? Kalau lari, bukan Helmi tu hadap sangat nak pergi pujuk? Kalau novel memanglah hero akan pergi pujuk heroin. Arghhhhhh~ Serabut. Okey, diam. Tarik nafas. Terbatuk-batuk selepas nafas yang ditarik tidak sampai setengah jalan pabila terdengar bunyi kereta. Cepat-cepat dia memadam lampu bilik. Badannya diselimuti kalut-kalut. Dia menunggu kedatangan Helmi di sebalik selimut tebal.
Helmi sedikit hairan melihat keadaan biliknya yang gelap. Pantas dia menjeling jam di tangan. 10.30? Awalnya tidur!! Dia kembali berfikir. Macam mana ni ea? Aku bukan pandai sangat bercinta ni. Aku nak bagi peluang pada si Ayu. Tetapi macam mana nak explain pada dia? Adoiiii!! Buntu..buntu..nama je master holder. Tetapi benda remeh macam ni pun tak boleh nak handle. Not my fault, k? Kat uni mana belajar benda-benda macam ni ye..
Bilik kembali terang. Matanya terbeliak melihat Ayuni bergulung di dalam selimut. Tak panas ke? Suhu bilik diturunkan. Mati kepanasan kang..huhu..dia menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya. Dia menarik pen. Kad yang dipegang dari tadi, dibuka. Dia mengetuk-ngetuk kepala dengan pen tadi. Idea..ui..datanglah..aku bukan jenis jiwang-jiwang. Sekali fikir idea terus datang. Puas berlunjur, bersila, empat baris akhirnya dapat disiapkan. Empat baris? Jadilah tu..dari tak de.. Dia melihat jam. Terjegil! Mak aiii..lamanya aku siapkan benda alah ni. Pukul 1. Helmi menelan liur. Mata pula semakin memberat. Baik aku tidur!
*****************************************************************
“Mana Imie?”soalku melihat si Helmi keseorangan. “Kan Ayu dah pesan, tolong ambilkan dia. Hmm, tak pelah. Ayu pergi ambil sekarang.” Helmi merentap lenganku. Langkah kaki terhenti.
“Saya hantar dia rumah Achik.” Keningku bertaut. Lenganku ditarik. Tubuhku mendekatinya. “Supaya dia tidak menganggu kita.” Aku cepat-cepat menarik lenganku. Sudah terlambat dia nak berbaik denganku. Aku menggeleng.
Aku laju melangkah ke kereta. Cepat-cepat juga Helmi mengejar. Lenganku cuba ditarik namun aku pantas mengelak. Segera aku meloloskan ke dalam kereta. Pintuku dihalang dari tertutup. Aku menjeling sekilas sebelum menolak kuat badannya yang menghalang. Pintu kereta ditutup dan dikunci. Enjin dihidupkan. Wajah Helmi sukar ditafsirkan. Dia mengetuk cermin tingkap berulang kali. Meski ada sedikit belas, namun aku teruskan jua niatku untuk mengambil Ilhamie.
Helmi tiba-tiba melutut di depan kereta membuatkan aku menekan brek mengejut. Geramnya aku!!!
“Awak nak mati ke?” Helmi mendongak melihat wajahku yang mula masam. Dalam keadaan melutut, dia mengengsot mendekati. Tanganku diraih.
“Please, give me one more chance. Peluang untuk mencintai awak dan dicintai awak. Peluang untuk menjalani kehidupan baru sebagai suami isteri yang sebetulnya.” Wajahku dipaling. Supaya dia tidak melihat air mata yang bila-bila masa akan jatuh.
“Helmi, susah Ayu nak bertahan. Sebab apa? Sebab awak langsung tak nampak Ayu. Awak anggap Ayu ni just tunggul kayu je. Pernah awak fikir tak perasaan Ayu? Awak hanya nampak kerja awak. Ilhamie. Awak tak nampak Ayu. Awak sendiri yang tak beri peluang kepada diri awak!” Kasar nadaku kedengaran. Aku segera merentap tanganku. Air mata makin laju. Helmi segera bangkit.
“Awak tak faham, Ayu.” Rendah suaranya mengundang tangisan.
“Huh, tak faham. Ayu tak faham. Ya, memang Ayu tak faham. Tiga tahun kita bersama. Tiga tahun juga Ayu tunggu. Ayu tunggu awak. Waiting and waiting. Apa yang Ayu dapat? Ayu tak dapat apa-apa! Ayu tak dapat apa-apa..”aku melurut jatuh. Terduduk di atas tar.
Helmi menarik sesuatu dari poket slack. Dia menghulurkan sekeping kad. Aku menolak kad yang dihulur. Helmi tetap tidak berputus asa. Dia membuka kad itu.
‘Buat isteriku Nadhira Ayuni. Terima kasih di atas segala keprihatinanmu terhadapku. Serius, saya tak pandai bermadah. Cuma sekarang saya baru sedar, yang saya hanya mensia-siakan masa yang ada untuk mencintaimu. Biarpun terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-3.’
“Saya sayang awak.” Perlahan Helmi menuturkan tiga patah itu. Aku mendongak. Aku tersenyum hambar.
“Terlambat. Saya minta maaf. Pintu hati saya dah tertutup untuk awak.” Setitis air matanya menitis. Sinar wajahnya amat hampa.
“Baru saya tahu perasaan orang yang patah hati. Sakit.” Suaranya amat perlahan. Hampir tidak kedengaran. Helmi tiba-tiba menggeleng.
“Nadhira Ayuni.” Dia menarik nafas. “Saya tahu saya salah. Saya tahu semua salah saya. Saya tak pandai bermadah. Sebab tu saya tak pandai bercinta. Sebab tu saya hanya gilakan kerja saya. Sebab tu juga saya tak punya kekasih. Sebab tu juga, mak ayah saya cari awak untuk saya. Tahun pertama, saya masih tidak dapat terima kenyataan yang saya dapat wanita sebaik awak. Yang pandai segalanya. Ilhamie pun sukakan awak.” Helmi berpaling.
“Tahun kedua pula, saya still macam tu. Tetapi, awak tak tahu. Awak tak tahu yang tiap malam saya fikirkan tentang kita. Bagaimana saya nak buat kita happy. Awak tak tahu, apa yang saya fikirkan, saya tetap fikirkan awak. Mungkin awak tidak tahu. Saya sentiasa ada di samping awak tiap kali awak outstation. Sebab saya takut apa-apa yang berlaku pada awak. Mungkin orang fikir saya tidak pandai meluahkan tetapi setiap perbuatan saya menunjukkan sayang saya. Sayang saya pada awak. Even lambat meluahkan, tetapi, saya nak kita hidup macam pasangan lain. Saya..”
“Awak hanya fikirkan tentang awak.” Aku memintas.
“Saya juga berubah demi awak. Saya cuba untuk berhenti merokok.” Aku terpana. “Tapi awak tak sedar.” Bila? Aku tertanya-tanya. Dari tepi jalan, kami duduk di atas tembok batu.
“Dan saya juga bangga ada isteri macam awak.” Dia memaut bahuku. Dia tersenyum senang melihat aku hanya tersenyum.
“Bangga kerana setiap apa yang saya lakukan, apa yang saya suka, semua di dalam genggamannya.” Dia menarik tanganku lalu digenggamnya.
“Saya harap sangat, hari ni merupakan titik permulaan kehidupan kita.” Dia melompat turun dari tembok. Hampir aku melatah tatkala dia menarikku turun. Lantas, dia memelukku. “Awak tahu tak, dah lama saya nak peluk awak? Awak, awak jangan sesekali menangis sorang-sorang. Hati saya sakit.” Dia meleraikan pelukan.
“Tengok. Awak menangis lagi.” Serius, aku terharu. Dia mengesat perlahan air mataku.
“Helmi, awak memang pandai memujuk.” Aku tersenyum. Namun, air mataku masih mengalir.
“Kenapa awak tak buat macam ni dulu?” Spontan bibir Helmi mendarat di ubun kepalaku yang dilapik tudung. “Sebab dulu saya bodoh.” Dia tersenyum.
“Awak..cuba lihat sana.” Aku hanya menurut. Ya Allah, indahnya ciptaanmu. Matahari terbenam dilihat cukup indah di pandangan. Aku melihat Helmi tersenyum. Spontan bibirku turut tersenyum. Moga ianya seindah hubunganku dengannya. Walaupun ianya baru bermula di detik ini.
“Saya sayang awak. Dan Ilhamie juga.” Helmi tersenyum senang. Tanganku erat digenggamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan