Effy hanya memandang sepi sejadah yang dihamparkan Humaira. Masih menghampar walau dia tengah marah. Walau tengah sedih. Walau tengah kecewa. Kecewa dengan sikap dari dirinya. Dia segera menunaikan solat. Usai solat, dia membuka almari. Pintu longsor almari ditolak. Tertancap matanya pada kemeja biru laut dengan tie senada tergantung di pintu. Hatinya tersentuh dengan sikap Humaira yang menyediakan pakaian untuknya. Namun pintu hatinya masih milik Syazana. Teman wanita yang belum sempat diperkenalkan kepada keluarganya. Belum pun sempat dia membuka mulutnya ingin menyatakan dia sudah ada mata air, umminya sudah mendahuluinya. Dia sudah merisik gadis kampungnya sendiri. Intan Humaira. Seorang inspektor polis bahagian jenayah. Hanya berkelulusan STPM. Itu yang membuatnya bengang apabila teringatkan dirinya yang berkelulusan ijazah luar negara berkahwin dengan budak stpm! Hampeh..dia segera menyarung pakaian kerjanya ke badan.
Humaira masuk ke bilik setelah kerja di dapurnya selesai. Tanpa menghiraukan Effy yang sedang mengikat tali leher di hadapan cermin, dia membuka almarinya. Baju seragam polis dicapainya. Tudung blueblack yang tersangkut sekali dengan pakaian seragamnya dihampar di atas katil. Dia menjeling ke arah Effy yang masih tekun menyisir rambut. Bau haruman perfume milik Effy menusuk hidung apabila dia menspray ke arah badannya. Rambut yang lurus itu dibuat fesyen. Menambahkan ketampanan Effy yang sedia ada. Humaira sudah bercekak pinggang. Lambat lagi ke? Ni yang susah ni. Pagi – pagi lagi sudah berebut cermin. Sudah – sudahlah tu! Rungut Humaira.
Effy sengaja melengah – lengahkan masa. Sengaja dia membuatkan Humaira bertambah marah. Jam di meja dikerling dari cermin. Pukul 7.30 pagi. Awal lagi. Sebenarnya dia ingin mendengar suara Humaira memarahinya. Sekurang – kurangnya dia tidak berasa bersalah dengan kejadian awal pagi tadi. Namun, dia hanya menunggu dengan sia –sia kerana Humaira nyata senang mengunci mulut. Perang dingin. Langkah diatur menuju ke dapur.
Humaira mengambil tempat ke meja solek. Lambat! Mengalahkan perempuan! Gerutu Humaira geram. Rambut separas bahu disikat. Diambil getah rambut lalu diikat tocang. Bedak disapu setelah krim disapu ke wajah. Perfume Enchanteur Charming disembur di pergelangan tangan dan siku. Tudung di atas katil ditarik lalu dipakai. Tudung itu dimasukkan ke dalam baju. Teliti dia melipat tudung di kepala. Ahah.. Siap! Lebih cepat dari Effy. Langkah diatur menuju ke dapur.
Effy menghabiskan sandwichnya. Pantas dikunyah apabila kelibat Humaira mendekati. Nescafe disisip perlahan. Apabila Humaira duduk, dia bingkas bangun menuju ke arah sinki. Jam menunjukkan tepat pukul lapan. Kena pergi sekarang ni. Kalau tak, jalam jammed lagi. Langkah kakinya terhenti apabila ditarik. Spontan dia berpaling. Humaira menarik tangannya lantas bersalam lalu menunduk mencium tangannya. Perkara yang tidak dilupa oleh Humaira setiap pagi. Sebelum dia pergi ke tempat kerja.
*******************
Penatnya! Humaira terbaring di atas sofa. Pelipis diurut lembut. Pening kepalanya tadi. Bermacam – macam hal yang berlaku. Matanya tertancap pada jam di dinding. Sepatutnya Effy dah sampai rumah. Selalunya kereta Kia Sportage sudah tersadai di garaj sebelum dia pulang ke rumah. Kepala yang pening sudah dirasakan lega. Dia bingkas bangun untuk mandi. Solat asar sudah dikerjakan di surau balai. Malam ni, aku masak segeralah. Bantai je.. malas aku memasak nasi dan lauk. Sama ada mee goreng atau kueteow goreng. Lagipun si Effy mesti dah makan kat luar. Aku je yang makan sengsorang.
Humaira kembali ke ruang tamu setelah dia membancuh milo. Sambil menghirup milo, dia menekan remote. Mencari – cari rancangan kegemaran. Rancangan drama korea menarik perhatian. Belum pun lima belas minit dia duduk di atas sofa, kedengaran bunyi enjin kereta. Spontan matanya melirik jam di tangan. Dah pukul 6.30. Baru balik? Wajahnya yang kelat, sedaya upaya disembunyikan.
Salam diberi Effy. Namun, Humaira hanya menjawab dalam hati. Apabila Effy hampir ke sofa, dia bingkas bangun. Tangan lelaki itu, disalam dan dikucup. “Nak air?” Hanya gelengan menjawab pertanyaan. ‘Aik? Dah okey ke?’ Soal Effy dalam hati. Humaira kembali duduk di atas sofa. Mug di meja diambil dan dihirup. Matanya masih tertancap di kaca televisyen. Dia tidak menyedari yang Effy seakan – akan ingin bersuara. Apabila Humaira khusyuk melayan cerita korea, Effy melangkah ke tangga. Sampai di bilik, dia meletakkan briefcase di atas katil. Kotak yang cuba disembunyikan dari Humaira tadi dibawa keluar. Bunyi derap kaki menyebabkan dia kalut. Pantas dilarikan kotak itu lalu dimasukkan ke dalam almari.
Terjengul wajah Humaira apabila pintu bilik terkuak. “Apa?” soal Humaira apabila Effy merenungnya lama. Seolah – olah ingin berkata sesuatu. “Nothing. Malam ni aku makan kat luar. Ada date dengan Nana. Kau makanla sorang.” Beritahu Effy tanpa menyedari perubahan riak di wajah Humaira. ‘Huh, dasar lelaki! Yang jauh juga yang dia nampak!’ kutuk Humaira.
“Kau nak makan di mana?”soal Humaira. Effy yang ingin melangkah masuk ke bilik air, terhenti. ‘Apasal dia ni? Dulu tak pernah tanya pun?’
“Suka hati akulah. Yang kau menyibuk, apahal?”rengus Effy kurang senang. Humaira menyabarkan hati. Dia menarik nafas dalam diam.
“Aku nak kirim ayam KFC. Belikan aku dinner plate, boleh tak?”tak guna bertekak dengan dia. Kalau tak, melepas ayam KFC aku. “Duit?” ‘Apa? Duit? Tak sedar ke yang aku ni bini dia? Yang si Nana sanggup pula ditanggungnya!’
“Bukan aku ni di bawah tanggungan kau ke?”soal Humaira sinis. Effy merengus. Dia ni mencabar aku nampak! “Bajet larilah!”jawab Effy. Dia sempat menangkap senyum kambing Humaira sebelum berpaling ke bilik air.
Humaira terduduk di atas katil. Buntu! Buntu! Kenapalah aku dapat laki macam ni? Dia bangkit dan menuju ke arah almari. Dikeluarkan not RM15 dari purse. Diletakkan duit itu di atas meja solek. Dia turun menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya ke sofa. Dia mencapai remote. Dia merebahkan badannya lalu mengiring mengadap televisyen. Bosannya hanya Tuhan yang tahu. Ditukar – tukar siaran apabila rancangan televisyen tidak menarik minatnya. Akhirnya,televisyen ditutup. Dia bingkas duduk. Matanya tertancap pada pemain dvd. ‘Ha..cerita Kung Fu Panda yang dibelinya masih belum sempat ditontonnya. Beberapa minit, dia sudah mengiring kembali di sofa.
“Ye sayang. I on the way ni.. Ala, lewat sikit je. Janganlah marah. Nanti abang belanja kat restoran yang mahal ek?”suara Effy kelihatan mesra dengan awek tersayang menyapa di telinga Humaira. ‘Restoran mahal? Konon lari bajet? Penipu!’ Rungut Humaira dalam hati. Jauh di sudut hati, Humaira terkilan. Dipandang sekilas wajah Effy yang telah menamatkan perbualannya di telefon. Ceria! Ye lah, nak jumpa buah hati tercinta. Dia kembali memfokus kepada cerita di depannya. Akan tetapi, satu babak pun tak masuk ke dalam fikirannya.
Effy menghampiri Humaira. Dilihat gadis itu khusyuk menonton tanpa menyedari akan kehadirannya. “Aku nak keluar ni.”maklumnya. Dilihat Humaira mengurut dadanya. Terkejut. Humaira memandang Effy yang sudah melangkah.
“Jangan lupa ayam KFC!”laung Humaira setelah Effy sudah menutup pintu.
***************
Setelah dua jam lebih dia menonton, matanya sudah layu. Hatinya sudah merungut. Perutnya makin hebat berkeroncong. ‘Mana Effy ni?’ Perut ni dah mula berpancaragam. Perutnya bukan boleh dibiarkan kosong, nanti senang sahaja gastric menyerang. Tambahan pula dia memang sedia ada akan penyakit itu. Dia bangun menapak ke bilik apabila perutnya memulas minta diisi. ‘Dah tak sempat. Aku kena makan ubat ni.’ Terkocoh – kocoh dia menuju ke bilik untuk mengambil ubat di dalam begnya. Dia selalu membawa ubat itu ke balai. Terpempan dia seketika apabila sebuah kotak di atas katil menyapa pandangan. Ubat gastrik telah hilang di fikiran berganti dengan kotak di depan mata. Perasaan ingin tahu makin membuak – buak. Pantas didekatinya kotak itu. ‘Handset! Nokia N77!’ Sehelai memo yang diselit dikotak, ditarik. Dibacanya..
Sorry. Aku dah ganti handset kau yang rosak tu.
Menitis air mata Humaira. Kesal kerana menuduh suaminya tadi. Walaupun di dalam hati. Dia membuka kotak. Warna pink! Sama dengan handsetnya sebelum ini. Cuma yang membezakan ialah pemberinya. Namun, orangnya tetap disayanginya juga. Serupa dengan ayahnya. Disayangi dan dicintainya. Biarpun dalam diam.
Perutnya kembali memulas memaksa dia segera berlari ke almari. Terburu – buru dia mencapai botol ubat di dalam beg. Dalam kelam kabut, dia menuju ke dapur. Selalunya dia meletakkan air di dalam bilik. Persediaan. Tetapi dia lupa untuk mengisi semula jug yang telah kosong di meja tepi katilnya.
Sampai di pintu bilik, kepalanya berpinar – pinar. Namun, digagahkan juga. Belum pun sempat dia membuka langkah, dia tersungkur di depan pintu. Dia hanya mendengar jeritan orang memanggil namanya sayup – sayup. Akhirnya dia tidak menyedarkan diri.
“Humaira!” Jerit Effy. Kaget apabila Humaira tersungkur menyembah bumi. Dia mempercepatkan langkah menaiki tangga. Sangkanya Humaira sudah tidur. Makin cemas apabila botol ubat tergolek di kakinya. Humaira sakit? Persoalan itu makin menggebu di hati. Dia rawan. ‘Mati aku kalau jadi apa – apa pada Humaira!’ Wajah pucat Humaira dipandang sekilas sebelum dia mencempung gadis itu masuk ke dalam bilik. Berhati – hati dia meletakkan gadis itu di atas katil. Perasaan bimbangnya makin menjadi – jadi apabila Humaira tidak memberi sebarang respon kepadanya. Dia menampar – nampar lembut pipi Humaira. Kemudian dia menggoncang – goncang pula tubuh gadis itu. Tiada respon.
“Humaira, jangan buat aku macam ni! Ish..”dia merungut. Dia segera ke bilik air. Kemudian kembali kepada Humaira dan jarinya merenjis air. Dengan bacaan bismillah, dia meraup wajah Humaira. Dengan harapan, gadis itu akan sedar. Jari Humaira bergerak – gerak. Effy menarik nafas lega. Humaira membuka mata. Pedih di perut membuatnya memegang perut. “Aduh, laparnya.” Tanpa menyedari dirinya diperhatikan dan di mana dia berada, dia mengeluh kecil.
Effy yang sudah beralih tempat dari sisi katil ke meja solek, berdehem kecil. Humaira tersentak. Segera dia bangun dari pembaringannya. Baru dia sedar yang dia bukan berada di sini sebelum ni. Baru dia teringat yang dia ingin ke dapur untuk makan ubatnya. Kemudian, dia tidak ingat apa – apa.
“Dah ok?”soal Effy. Humaira mengerut kening. “Ok kau cakap. Kalau ok, tak de nya aku tersungkur depan pintu tu.”gumam Humaira rendah namun jelas di pendengaran Effy. Effy hanya mempamerkan wajah tidak beriak. Malas melayan rajuk Humaira yang dirasakan tidak penting. Kerutan di dahi Humaira sambil memegang perut memaksanya dia menghampiri gadis itu.
“Jom, turun, Kau kena makan. Kalau tak, gastrik kau makin teruk.” Effy sudah menarik lengan Humaira. Humaira hanya menurut. Kehangatan tangan Effy membuatkan hati Humaira makin menggebu buat lelaki itu. Dalam diam dia merenung kepada belakang tubuh lelaki itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan