08 Februari 2010

Terpatrinya sebuah cinta 1

 Dalam cinta harus saling percaya

Dalam cinta harus janganlah goyah,

Dalam cinta harus sejiwa..

Saling percaya…

Bait lagu itu dia hayati. Ye la tu..kalau macam tu,hidup aku tak jadi macam ni.. Humaira  membuang pandang ke luar jendela. Sayup-sayup suara Mila;juara Akademi Fantasia musim kelima, kedengaran apabila dia merendahkan suara MP4 nya. Malas melayan lagu sentimental yang didownload,dia offkan MP4 nya. Melurut earphone apabila ditarik. MP4 diletakkan di atas meja sebelah katil. Dia berdiri setelah menggeliat kecil. Kemudian jari jemari dipatahkan. Gaya macam nak cari gaduh je! Gerutu hatinya. Dia segera berlalu meninggalkan bilik. Hari-hari minggu ni membuatkannya mudah bosan. Bukan ada benda pun nak buat kat rumah! Sekilas dia terpandang garaj yang kosong. Mana lagi kalau lelaki itu iaitu Mohd Effy Syazwan a.k.a suaminya pergi. Melepak dengan kawan-kawan dialah. Dah biasa! Dah jemu pun mengadap mukanya yang dikahwininya atas desakan keluarga. Bukan atas kerelaan hati. Cuma dia je, pipi tak tersorong, kalau hidung itu mancung! Kalau lekat dekat rumah pun, asyik bergaduh je. Baik dia duduk melepak kat luar dari dia menambah dosa. Macam yakin je dia tak buat dosa kat luar? Entahlah.. manusia dikirimkan dua malaikat yang sentiasa mengawasi di kiri dan kanan. Jika mahukan berat di sebelah kanan, maka berbuat baiklah. Jika sebaliknya, bawa-bawakanlah bertaubat. Dunia hanya pinjaman. 

Hampir melompat Humaira apabila telefon bimbit dia yang diletakkan dalam dalam silent mode bergetar. Bunyi getarannya yang bising mencantas lamunannya. Matanya tertancap pada skrin. Apa hal pulak mamat ni? Dengan perasaan malas, panggilannya dijawab. Sempat dia membaca bismillah sebelum menekan butang hijau di sudut telefon.

“Apasal lambat angkat ni?”tanpa salam diungkap, dia terus diasak dengan soalan yang begitu menyakitkan telinga. Suka hati oranglah! Telefon aku!

“Assalamualaikum.” Nada lembut menyapa pendengaran si pemanggil. Sengaja dia menekan perkataan salam  itu. Walaupun dia tahu, salamnya tidak akan dijawab. Biarlah.. kau yang akan berdosa.

“Whateverlah kau nak provoke aku dengan apa sekalipun. Aku cuma nak beritahu kau yang aku tak balik malam ni.”

“Eh, apasal pulak duk merepot kat aku pulak ni? Taulah aku bekerja sebagai inspektor polis pun. Takkan perihal kau tak nak balik pun kau nak heboh?”jengkel di hati sudah tepu. Lelaki ni bukan boleh dibawa berbincang. Di penghujung, selalunya dialah yang terpaksa beralah.

“Okey, fine. Nanti aku takkan telefon kau lagi. So, kalau aku tak balik tu, faham-faham ajelah ek?” Pantas dia memutuskan talian apabila nadanya seakan mengejeknya. Blahlah!! Hilang moodnya yang begitu tenang tanpa diganggu. Hmm..tak boleh jadi ni..telefon di genggaman ditekan punat. Sekali tekan, gelap skrin telefon. Ha..barulah aman sikit…

Duduk di sofa diperbetulkan. Remote di meja kecil di sebelah kanan diambil. Punat ditekan. ‘Apasalla rancangan tv ni boring giler??’ Dia merengus. Segera dia menutup televisyen. Matanya tertancap pada jam di dinding. ‘Hah? Dah pukul 12? Patutla lapar!’ Dia menonong ke dapur. Pintu peti sejuk ditarik. Menyerbu angin dingin keluar mengenai mukanya. Dia memikir – mikir. Nak masak apa ek? Jarinya mengetuk – ngetuk dagu. Terlintas sesuatu di fikiran. Berdasarkan resepi yang dia ingat – ingat lupa yang diperturunkan oleh chef yang mahir iaitu emaknya, dia pantas menyediakan bahan.

Haruman bahan –bahan ditumis menusuk hidung. Hmm..lamanya tak makan asam pedas tumis. Entah jadi entah tak. Dia pakai bantai je resipi. Lantaklah.. aku yang akan makan. Kalau tak sedap pun, masuk perut juga. Lainlah kalau cik Effy yang sorang tu.. Kalau tak sedap, lebih rela makan di luar. Dah tu bukan diajak aku pun. Dah biasa. Mula – mula tu terasa gak. Bila dah lama,hmm.. lantaklah.. betulla kata orang. Alah bisa tegal biasa. Mungkin pepatah tu sesuai dengan keadaan ni.. Terbit keluhan dari bibir. Dah nasib badan.

Sejam kemudian, dia menikmati juadah makanan tengaharinya. Asam pedas ikan tenggiri, sayur campur, dan sambal belacan. Simple. Malas nak fikir banyak. Memang tahap kelaparannya begitu kritikal. Nyaris terkena gastrik! Sampai makan pun tahap tak ingat dunia. Pedas punya pasal, laju je tangannya menyuap nasi. Setelah bertambah dua pinggan nasi, Humaira tersandar di kerusi sambil mengusap perut. Alhamdulillah, kenyang gila!

Ya Allah, boringnya!! Humaira mengambil angin petang di luar rumah selepas aku tidur sekejap selepas Zohor. Dia menjeling sekilas jam di tangan. Pukul lima petang. ‘Alamak, handset aku still off. Mati aku kalau ada apa-apa hal berlaku waktu tu.’ Dia mencari-cari alat telekomunikasi itu. Aku letak kat mana eh? La..apasal kau pergi bersembunyi kat sofa tu?

Dia menekan punat on. Semerta bunyi mesej. Berkali – kali menandakan banyak mesej masuk. Dia membaca satu persatu. Semuanya dari Louisa. Rakan sekerjanya. Dia bertanyakan tentang fail yang Humaira simpan untuk kes yang disiasat. Dia segera mendail nombornya.

“Sorry beb. Aku off handset tadi. Ada hal.” Ujar Humaira setelah Louisa menjawab panggilannya.

“Patutlah aku call tak dapat – dapat. Aku dah jumpa fail tu. Aku tak boleh lama ni. Tuan Iskandar dah jeling aku semacam tu. Bye.” Jimat kredit aku. Haha..

                                                                         ***************

Setelah usai isyak, dia berbaring. Cepatnya masa. Baru nak relax. Esok dah masuk balik kerja. Ambil cuti sehari, cepatlah. Cuba kau ambil cuti seminggu, ha..barulah lama. Eleh, kau tak boring ke cuti lama – lama? Hatinya berperang. Akhirnya dia terlelap di situ.

Bunyi kuakan di pintu bilik menyedarkannya. Siapa pula ni? Pencuri? Dalam gerak perlahan, tangannya  menyeluk sesuatu di bawah bantal. Perlahan – lahan dia mengambilnya. Bunyi derap kaki makin menghampiri. Agak sukar dia mengagak kedudukannya kerana dia membelakanginya. Spontan dia bangun dari pembaringan lalu mengacu pistol miliknya apabila tangan seseorang tersentuh bahunya. Serentak, bantal terjatuh dari tangannya.

“Astaghfirullah. Buat terkejut orang je. Tadi kata tak balik?”soal Humaira bengang. Tangan lelaki itu sudah dijatuhkan. Pistolnya sudah dimasukkan kembali di bawah bantal. Untuk langkah berjaga – jaga.

“Eh, apasal pula aku tak boleh balik rumah? Ini rumah aku juga. Yang kau nak acu pistol kau sesuka hati tu, kenapa? Nasib baik kau tak tertembak. Kalau tak, sia – sia je nyawa aku melayang.”

“Bagus juga kalau nyawa kau melayang. Takla menyusahkan hidup orang.”gumamnya perlahan.

“I heard something from your mouth. Apa yang kau cakap? Ingat aku tak dengar ke?”tajam matanya merenung Humaira. Heh, ingat aku takut? Humaira mencemik.  Macamla dia sorang je yang pandai speaking. “Kalau dengar, sudahlah.” Malas bertekak, dia kembali berbaring. Dia membiarkan Effy berlalu ke bilik air.

“Eh, bukan giliran aku ke tidur malam ni atas katil?”soalnya. Nada air batu. La..tak blah lagi ke mamat ni? Humaira menarik senyum segaris. Semanis-manisnya sehingga lekuk di pipi kanannya terserlah buat tatapan suami terchenta. Humaira berpaling mengadapnya. Effy terpegun seketika.

 “Bukan awak cakap pada saya ke yang awak tak balik malam ni? Lepas tu awak balik pukul 11 malam. Masa saya tengah tidur. Jadi, kira halallah. Sapa suruh balik lambat?” Sengaja dia menjeling. Dia kembali berpaling. Erat Garfieldnya peluk. Tanda protes. Tak dapat belasah dia, dapat belasah Garfield pun jadila…

Effy merengus geram. Di bawah sedar, dia mengepal buku lima. Nasib kau tu perempuan, kalau lelaki dah lama makan penumbuk aku! Idea! Dek kerana tak sanggup tidur di bawah katil yang sekadar berlapikkan narita, dia sanggup tidur di sebelah perempuan tu. Bukan ada salah pun. Bini aku! Ek? Bini? Arghh..biarlah. Badannya sudah direbahkan betul – betul bersebelahan Humaira. Spontan Humaira berpaling mengadapnya. Wajahnya kelat makin kelat apabila secara tidak sengaja bibirnya bertemu bibir Effy. Arghh..tak guna! Serentak mereka berpaling. Kemudian memusingkan badan.

“Baik kau tidur bawah kalau tak nak perkara yang sama berlaku ke atas kau!”bingit telinga Humaira mendengar. Apa? Dia ingat aku ni jenis pengecut? Kau belum kenal lagi siapa Intan Humaira!! Perlahan – lahan dia berpaling. Bimbang terjadi perkara yang sama. Namun dia lega kerana Effy membelakanginya. Dia menyelak rambut yang berjuntai di dahi. “Sejarah tak mungkin berulang!” Effy segera berpaling mengadap Humaira. Namun, dengan gerak perlahan. Dia turut bimbang kalau – kalau dia tercium Humaira lagi.

“What just you saying?” Wajah Effy sudah memerah. Marah. Makin bengang dengan sikap Humaira yang selamba. Sambil tersenyum mengejek. Bagi Humaira, renungan tajam Effy menggetar naluri kewanitaannya. Di bawah sedar, dia meletakkan tangannya ke bahu Effy. Effy kaget. Nak buat apa pula minah ni? Hilang perasaan marah bertukar kepada ingin tahu. Terkaku apabila Humaira mengusap lembut rambutnya. Mereka saling berpandangan. Wajah mereka semakin menghampiri. Terlintas bayangan Effy bersama teman wanitanya, Nana di fikiran Humaira. Pantas dia bangun. Effy yang sedang asyik, tersedar. Hairan berputik di hatinya. Ha..pengecut rupanya Humaira. Ingatkan dia betul –betul tadi. Dia merenung Humaira yang membelakanginya. Wanita itu kelihatan terhinjut – hinjut bahunya. Menangis ke? Huh? Biar betul? Penakut betul. Dia ingat aku betul – betul ke nak kiss dia? Please! Bagi free pun aku tak nak! Effy merengus.

Humaira bingkas bangun. Dia menapak ke bilik air. Di situ, Humaira menangis tersedu – sedan menangisi nasib yang menimpanya. Bukan dia tak suka dengan Effy, bukan dia tak cintakan Effy. Malah, Effy adalah cinta pertamanya sejak dia di bangku sekolah. Cuma Effy yang tidak menyedarinya. Rasanya Effy berpura – pura tidak tahu. Dia benar – benar teringin mempunyai seorang suami yang betul – betul mencintai dan menyayanginya. Air mata menitis lagi.

                                                                         ***************



Dia keluar dari bilik air apabila jam sudah berdenting dua belas kali. Effy sudah terlena. Dengkuran halus kedengaran keluar dari mulutnya. Humaira sekadar duduk di birai katil sambil mengadap Effy. Lama dia merenung Effy. Baru dia sedar, Effy nampak lebih matang di pandangan matanya. Berwajah cerah, rambut yang tidak kerinting dan tidak pula lurus serta wajah yang bisa mencairkan hati – hati perempuan merupakan pakej lengkap buat jurutera muda yang berkelulusan universiti Amerika itu. Lekuk di kedua belah pipi tambah memikat pada seri wajahnyaapabila tersenyum. Namun agak sukar bagi Humaira melihat lekukan di pipi lelaki itu. Ye la..bila nak nampak bila dia asyik marah – marah je kat rumah? Humaira menghulur tangannya ke arah muka yang sentiasa menemani malam – malamnya sejak dia berusia lima belas tahun. Diusapnya perlahan. Cecair jernih yang telah kering, kembali bertakung. Tertitis di atas tilam. Dia segera menarik tangannya lalu dengan tangan yang sama dia mengesat air mata. Selimut di kaki Effy ditarik lalu ditebar menutup sebahagian badan Effy. Bantal di kepala katil, diambil. Narita yang berada di dalam almari ditarik. Tidak lupa juga Garfield yang terdampar kaku di sebelah Effy. Perlahan – lahan dia keluar dari kamarnya. Biarlah dia mengalah. Tetapi bukan di bawah katil. Dia menghenyak tubuhnya di sofa di ruang tamu. Narita ditarik menutup badannya. Akhirnya dia terlena bersama cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Hampir melompat dek kerana kejutan. Bunyi alarm dari handset Humaira betul – betul mengejutkannya dari tidur. Ya Allah! Bising betul. Dia menoleh ke sisi. Tiada! Mana minah ni?

“Humaira!! Humaira!!” Pekik Effy. “Intan Humaira!!” Dia sudah bangun dari pembaringannya. Pinggangnya dicekak. Humaira di bawah sekadar mengurut dada. Terkejut. Dia sudah bangun. Sengaja dia melambatkan langkah. Bukannya dia tidak tahu akan baran suaminya. Salahnya juga kerana terlupa akan telefon bimbitnya semalam.

“Kau nak aku buang telefon kau ke?” ujar Effy yang kini berada di luar kamar berdekatan dengan tangga. Nokia N77 milik Humaira digoyang – goyang. Humaira melangkah longlai. Geram di hati makin bertimbun – timbun dengan sikap Effy. Dia menjeling.

“Nah!” Handset Humaira sudah dilambung. Humaira kaget. Tidak menyangka yang Effy akan berbuat demikian. Tanpa sempat menangkap, alat itu menghempas anak tangga lalu tergolek hingga ke tangga bawah. Berkecai telefon milik Humaira. Humaira yang melihat segera berpaling. Effy di atas sudah menggelabah. Dia ingat isterinya sempat menangkap. Malah dia yakin yang isterinya dapat menangkapnya kerana isterinya dulu jaguh bola keranjang di zaman persekolahannya. Lagipun dia sekadar mengugut. Humaira sudah mara ke hadapan. Effy terpaku di tempat dia berdiri. Memerah wajah Humaira. Bengang! Namun, air jernih mula bertakung di tubir mata. Sedih menular di segenap hatinya. Marah dan sedih bercampur satu. Mulutnya sekadar diketap. Menitis jua air mata kekecewaan dengan sikap suami apabila Humaira di anak tangga terakhir. Pantas dikesat. Tubuh Effy ditolak kerana dia berdiri di hadapan pintu bilik.

Effy masih membisu. Dek kerana ego, perkataan maaf  yang ingin disebut, dipendam. Dia menala pandangan ke arah handset Humaira yang hancur di bawah. Dia kembali ke dalam bilik. Humaira berada di dalam bilik air. Dia duduk di birai katil. Memikir – mikir apa yang akan dilakukannya selepas ini. Pintu bilik air terkuak dari dalam. Terjengul wajah Humaira dengan mata membengkak. Effy hanya memandang isterinya yang lengkap berbaju t – shirt dan berseluar track bottom. Humaira tidak mengendahkan Effy yang masih duduk di katil walaupun rimas kerana gerak gerinya diperhatikan. Dia mencapai kain telekung di rak penyangkut. Dia segera memakainya. Tanpa berlengah, tuntutan wajib ditunaikan. Oleh kerana Humaira sedang solat, Effy bangun lalu langkahnya dihala ke bilik air.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan